Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, May 09, 2013

Betul ke Ada Sidang media Azmi Esok di Hotel De Palma, Ampang ??

Menurut berita yang diterima, Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang kira-kira jam 11 pagi. Walau bagaimana pun maklumat ini masih belum disahkan.

Sidang media ini  dikatakan ada kaitan jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Walaubagaimana pun ada sedikit pencanggahan maklumat, jika dilihat kenyataannya di Sinar Harian. Azmin menafikan dia akan keluar PKR malah dia kata PKR sebati dengan jiwa dan raganya.

Isu mood Azmin yang tidak menentu sudah lama, ini banyak berkaiatan dengan MB Selangor. Azmin banyak mengkritik Khalid seolah-olah Khalid lebih mementingkan 'orang-orang'nya.

Kenyataan ada persamaan dengan kenyataan adiknya Azwan Ali.

"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.


Dalam twitter Azmin Ali dilihat banyak membuat kenyataan bercanggah dengan DS Anwar Ibrahim. Dia seolah-olah mengkritik cara Anwar Ibrahim menangani PRU13.

Malah dalam nada sinis, dia seolah-olah menyalahkan Anwar. Malah dalam twitternya dia tidak bersetuju dengan program di Stadium Kelana Jaya. Katanya "Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal". Malah Azmin tak kelihatan malam tadi.

Apa pun kita tunggu besok.. Dalam politik banyak perkara boleh berlaku. Esok boleh jadi lain. Walaupun saya tak berapa suka Azmin tapi saya harap perkara ini tak berlaku demi masa depan perjuangan PKR dan PR.

6 comments:

  1. mabok todi ka apa azmin niiii..????

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah kerana kita gagal bentuk kerajaan pusat dlm pru 13, pr nak berpecah yg rugi rakyat...setelah ujud 2 parti yg besar dlm negara membuka lebaran baru politik negara..bn tidak lagi boleh melakukan perkara sewenangnya kala berkuasa, kerana ada parti lain akan cheak & balance, tiba nak berpecah apa dah jadi...sayang dan mengecewakan. buanglah perkara yg selisih faham bina kembali ikatan yg kukuh..reformasi..

      Delete
  2. Mainan politician, :P Kalau tiada kepentingan mereka takkan tolong, ugutan lompat parti itu sudah menggambarkan bahawa mereka bukan bekerja untuk rakyat, mereka ada angenda mereka tersendiri, Kalau betoi-betoi ingin berkerja untuk rakyat dah lama tahu mana halatuju semasa nak jadi wakil rakyat. Azmin Ali pom buat kacau, dah rakyat nak Khalid Ibrahim MB Selangor, biar lah, hang nak sibok2 apehal? Zuraida pom tak payah nak lok laq sangat lah. Rakyat selangor dah pilih. Aku bersorak kalau Azmin Ali letak jawatan dalam PKR !!!

    ReplyDelete
  3. Cermin lah diri lu Azmin. Lu sekadar nak jadi macam UMNO punya MB bolehlah. alu tak ada profesionalism macam Khalid...you jenis Crony dan kuat politiking... Kalau lu tanya rakyat Selangor, Lu buat polling, gua grenti yg nak lu jadi MB hanya secalit taik hidung... JGN Nak BeRangan lah AZmin....

    ReplyDelete
  4. BORING LAH CERITA MACAM NI. RAKYAT DAH MENGUNDI MCM2 PULAK. PATUTNYA FIKIR APA YANG NAK DILAKSANAKAN BILA DAH ADA KUASA. JANGAN HABISKAN MASA PENGUNDI DENGAN CERITA POLITIK. MASA UNTUK TUMPU BUAT KERJA..................

    ReplyDelete
  5. 2 hari sblm pilihanraya haritu aku pusing gombak...pondok pas dgn UMNO da aktif,pkr je khemah ada tp kosong memanjang...ke bukan parlimen dia? sorry la klu aku silap...hehe...tp satu lagi perkara klu korang perasan, Rafizi dengan Chegu Bard dah jauh overwhelm dia...apa yg dia buat selain menjawab serangan UMNO ke atas family dia? Ke strategi PKR nak cooling down kan isu...Wlaubagaimanapun, kita jgn lupa yg dia antara pemimpin paling lama bersama Anwar dan merupakan tokoh yg sangat dipercayai beliau...Azmin juga antara tokoh yg pernah menjadi target UMNO dalam strategi pembunuhan watak, maknanya, dia pemimpin yg agak digeruni UMNO... Tp Zuraida tu klu dia kluar pun lg bagus kot

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily