Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Thursday, May 09, 2013

Dalam Pakatan Rakyat Kita Kena Realistik



Kecoh pasal MB Selangor. Untuk PAS dan DAP rasanya dah selesai. Semalam Presiden PAS, Tuan Guru Hajib Abdul Hadi Awang telah memaklumkan dia menelefon Pesuruhjaya PAS Selangor untuk tidak menutut jawatan tersebut.

Dalam menguatkan Pakatan Rakyat di Selangor agar kekal dan bertahan lama sebagaimana PAS Kelantan boleh bertahan 23 tahun perlu difikir bersama. Pakatan Rakyat perlu banyak berbincang dan polimik yang berlaku jangan sampai berpanjangan.

Kenyataan Azmin yang Pengerusi PKR Selangor, kepada Sinar Harian bahawa kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu. Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor katanya.

“Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Sinar Harian.

“Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme,” katanya.

Ada 2 perkara menjadi kemusyikilan pada saya ialah:-

1.  Kerusi MB Hak Mutlak PKR?
2.  Di Cucuk Hidung Oleh Pihak Berkepentingan?
3.  Nepotisme?

Perkara yang sama juga saya alami di Dungun. Dun Bukit Besi PAS setuju kerusi itu diberikan kepada PKR atas kouta (Sebelum ini PAS punya). Tapi PKR lebih berminat Parlimen Dungun.

Keahlian PKR tak sampai 200 orang (berdasarkan mesyuarat Agungnya di markaz PAS) Abdul Raman (Setpol Anwar Ibrahim) telah membuat onar dengan memasukkan calon lain bukan calon pilihan PKR tempatan di Bukit Besi.

Calon cadangan Abdul Rahman ni nak cari pencadang pun tak mampu. Sedangkan PKR Bukit Besi dan PAS Bukit Besi telah bersetuju bersama calon PKR Cikgu Abdullah yang banyak berjasa dan disegani oleh masyarakat di situ.

PAS Terengganu perlukan kerjasama PKR kerana projek Tawan Terengganu ini telah dimukan secara agrasif 2010 lagi. Main-main calon bukan kena buat sehari dua dekat PRU. Sebab calon kena mendekati masyarakat. Takkan Abdul rahman Setpol Anwar Ibrahim tak tahu.
Tapi ayat yang sama "HAK MUTLAK PKR" menjadi hujah untuk menuntut kerusi. Seolah-olah kerusi itu semenjak azali lagi. Sedangkan sedarlah bahawa kerusi itu sebelum ini ada budi baik PAS beri untuk PKR bertanding tahun 1990 (Itu pasal kawan aku selalu ulang PAS BODOH!!!)

Sedar atau tak sedar pada masa Anwar Ibrahim dipecat dulu. PAS ada dua pandangan samada nak bergabung atau bertanding sendiri di semua tempat.

Pandangan mengatakan kalau PAS bertanding sendiri pada asa itu UMNO sedang berpecah, PAS mendapat untung kalau bertanding sendiri sebab undi UMNO akan berpecah kepada UMNO dan PKR. PAS boleh menang.

Tapi atas dasar muhibbah, PAS memilih untuk membantu PKR. PAS bagi banyak kawasan untuk PKR bertanding, PAS beri tenaga kerja, malah ada ahli PAS diminta mendaftar jadi ahli PKR.

Orang kata tidakan PAS ini sangan BAIK (Tapi kawan baik saya kata PAS BODOH!!!!)

Tapi malangnya apabila menang PKR kawasan yang diberi pinjam, PKR mula memdabik dada itu atas usahanya. Dulu PAS bertanding tak pernah menang pun!! Ini lah tak ada warta macam Inggeris pinjam tanah juga!

Majlis Pakatan Rakyat pula membuat keputusan kononnya kekal pembahagian kerusi mengikut nisbah yang bertanding sebelum ini (PRU11) ... PAS BAHAN TAHIK!!! (Pasal tu kawan aku kata PAS BODOH). Kawasan-kawasan PAS semuanya jadi milik PKR. PKR lebih banyak kerusi drp PAS!

Mana Realisitiknya??
Kenapa PKR tak mengalah di kawasan PAS kuat sehingga banyak kerusi PR boleh kalah.
Siapa sebenarnya dalang dan masalah dalam polimik ini??




1 comment:

  1. cerita selangor lepas tu terus cerita terengganu sampai habis.. apa ulasan seterusnya komen cucuk hidung and nepotisme oleh Azmin??

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily