Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, May 10, 2013

Kita Nak Otak Bukan Kaki - Ustaz Hadi

 

Saya dikhabarkan oleh PA Ustaz Azizan Abdul Razak, abg Muzaini Azizan bahawa ketika kehadiran Tuan Guru Haji Hadi di Hospital Pulau Pinang yang kebetulan juga turut dihadiri oleh Menteri Besar baharu Kelantan pada petang kelmarin sebelum ustaz masuk bilik pembedahan pada jam lebih kurang 3 petang.


Keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas kaki dibuat setelah Tuan Guru memanggil kesemua pakar bedah untuk bertanyakan kepada mereka apakah kesan yang berlaku sekiranya Ustaz Azizan Abdul Razak tidak segera melakukan pembedahan, rata-rata doktor menyebut ianya akan membuatkan jangkitan kuman akan terus merebak ke bahagian otak (tak selamat) dan sekiranya pembedahan segera dibuat peratus untuk pulih hanya 20%.

Dua pilihan yang sangat berat.

Dengan pantas serta ketegasan yang ada pada Tuan Guru Haji Hadi, beliau mengambil keputusan untuk segera dilakukan pembedahan ke atas kaki ustaz Azizan, sambil disaksikan oleh 2 orang isteri ustaz dan ada yang tidak bersetuju di atas keputusan tersebut lalu Tuan Guru menyebut,"kita nak OTAK ustaz Azizan untuk memacu jamaah PAS, bukan kita nak kaki tersebut..nak buat macam mana, itu semua ujian Allah SWT"



Note:
Catatan oleh: Ibnu al-Khams (Pegawai Kompleks PAS Kedah)

3 comments:

  1. Semoga Ustaz Azizan cepat sembuh...Insyaallah

    ReplyDelete
  2. firasat org bertaqwa maka kita kenala menerima..dan ulamak ni bukan buat kepeutusan melulu tapi slps bertanyakan pakar2 tertentu...inilah ulamak

    ReplyDelete
  3. segala yg berlaku adlh ats perancangan Allah juga krn Dia Maha Mengetahui..moga di sebaliknya ada hikmah baik yg tersembunyi...
    ameen

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily