
Assalamualaikum,,,,
Ada rupanya kenyataan dari pemuda DAP yang mendakwa DAP tidak memusuhi Islam dan memusuhi PAS tidak bermakna memusuhi Islam.Sedarkah apa yang mereka kata ini.PAS tu apa?
Apakah PAS hanyalah sebuah parti politil seperti DAP? Dan kalaupun PAS hanya parti politik apakah pula prinsip politiknya? politik sekular atau politik Islam.Politik Islam pula membawa seluruh ajaran Islam di dalamnya, itulah PAS yang terlebih dahulu mesti difahami dan dihormati oleh DAP.Apakah DAP sudah menghormati PAS apabila mereka terang terang menolak Hudud? Hudud itu perjuangan PAS dan Hudud juga adalah Islam, jadi sesiapa yang menolak Hudud sebenarnya menolak Islam.kenapa inipun DAP tak mahu faham?
Jadi apabila DAP menolak Hudud, sudah bermakna mereka memusuhi Islam bukan memusuhi PAS.Maka kenyataan pemuda DAP itu bukan sahaja tidak benar tetapi mengandungi maksud tertentu.Yang boleh difahami ialah mereka cuma cuba menarik sokongan orang Islam kepada perjuangan liberalnya.Dengan mengatakan memusuhi PAS bukan bermakna memusuhi Islam, sudah jelas maksud pemuda DAP ini yang cuba mengatakan PAS hanya parti politik seperti DAP, maka tidak salah memusuhi PAS tetapi mereka tidak sedar bahawa cara mereka memusuhi PAS itu menentang Islam apabila mereka menentang Hudud.Hudud itu hak Islam bukan hak PAS, tak seperti dasar Malaysia Malaysian DAP itu milik DAP yang boleh ditentang.
Atau apakah mereka mahu menyamakan Hudud dengan Malaysia Malaysian mereka? Banganglah kalau ada umat Islam yang percaya dengan kenyataan menipu mereka ini dan sudah tentu lagi banganglah umat Islam yang menyokong mereka.
Itu ajer yang saya mahu katakan kepada penyokong dan ahli DAP yang beragama Islam.Insaflah sebelum nyawa sampai ke halkum!
No comments:
Post a Comment