
Asslamualaikum,
Ada orang kata Islam bukan milik PAS sahaja, benar Islam bukan milik PAS tetapi milik semua penganutnya. PAS hanyalah sebuah jemaah yang cuba mengikuti semua perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.
Itu aje, tak lebih dan tak kurang, jadi kepada sesiapa yang mengaku Islam mestilah juga perintah ALLAH dan meninggalkan seluruh larangannya, bukan ambil peraturan Islam separuh separuh.Islam bukan sahaja diikuti untuk mengadakan solat hajat dan bacaan yassin untuk bantuan ALLAH terhadap musibah yang menimpa dan Islam bukan hanya qazaf yan ditekankan kerana kezaliman yang menimpa diri tetapi Islam mesti mencakupi hukum hukum yang lain seperti Hudud, Qisas dan Taazir, kesemuamya dan kepada sesiapa yang menentang hukum hukum ini adalah menentang ALLAH bukan PAS.Ingat tu........
PAS sebagai jemaah Islamiah bukan memiliki Islam secara ekslusif, kerana wasih ramai yang tak mahu joint PAS, masih ramai yang percaya PAS bukan jemaah Islam, sebaliknya menyertai banyak menyertai pertubuhan pertubuhan lain yang langsung tidak meletakkan Islam sebagai panduannya tetapi akan kembali kepada Islam untuk solat hajat, bacaan yassin serta memilih hukum hukum Islam yang tertentu sebagai jaan untuk membela diri.
Inikah dikatakan Islam yang bukan milik PAS sahaja? Begitu jugalah sejak dijajah dan dimerdekakan oleh penjajah, Islam sudah dikerat kerat pengamalannya dalam negara, mujur ada PAS yang sejak awal penubuhannya telah berkembang memperbaiki kelemahan kelemahan yang ada untuk menuju jalan ALLAH sepehunya, bukan ambil separuh dan tolak separuh yang lain.Hari ini sama ada nak mengaku atau tidak, PASlah satu satu jemaah Islam yang memenuhi kesemua ciri ciri jemaah Islam dan tidak ada satupun jemaah Islam yang ada termasuk Tabligh dan lain lain jemaah yang tidak lengkap pergerakan Islamnya.
begitu juga Umno, PKR dan lain lain parti politik milik orang Islam juga tidak mempunyai ciri ciri jemaah Islam seperti PAS.Malah dalam kesemua parti politik orang Islam, mereka lebih memberi laluan kepada pergerakan liberal dalam organisasinya di mana tak wajar dan tak salah kalau kata muka mereka menunjukkan muka tak malu kalau mendakwa Islam bukan milik PAS sahaja.
Berfaktalah dalam berhujah!
"
No comments:
Post a Comment