Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Kelik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (di buka pada tab yang berasingan...)


Friday, October 14, 2016

Pindaan RUU 355: PKR belum ada pendirian - Azmin




SHAH ALAM: Kepimpinan PKR masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyokong atau menolak Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kepimpinan PKR akan mengadakan mesyuarat pada 17 Oktober depan untuk berbincang berkenaan isu tersebut.

"Kita ada mesyuarat pada 17 Oktober nanti. Ia hanya perbincangan. Kita telah menentukan tarikh perbincangan dan kita akan bincang," katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor Tahun 2016 di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang jaminan sama ada keputusan mampu dicapai pada 17 Oktober ataupun tidak.

Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga anggota Parlimen kawasan Marang mengemukakan usul RUU berkenaan di Dewan Rakyat. Usul berkenaan kini tersenarai dalam perkara keempat Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bakal mula bersidang pada 17 Oktober depan.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Bulan Ini

Recent Comments

Recent Comments Widget

TranungKite Online (TKO)

Detikdaily

Harakahdaily

Sinar Harian

Malaysiakini

BERNAMA

Berita Harian

mStar Online

KeadilanDaily

Berita Luar Negara

Pautan eReferrer