Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, January 16, 2009

Orang Cina minta jaga pengundi Melayu - Haji Wahid

Oleh Lanjusoh

KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - "Ketika pertama kali saya bertanding di Dun Bandar pada 1986, semasa datang menemui masyarakat Cina ramai yang takut.

"Namun selepas 23 tahun berlalu keadaan itu sudah bertukar. Ketika saya datang menemui mereka sepanjang kempen ini tidak ada lagi yang takut.

"Saya tanya kepada mereka sudah tidak takut ke.. mereka menjawab tidak takut lagi kerana sudah faham Islam tidak ekstrem seperti yang dimomok pihak lawan sebelum ini," Haji Mohd Abdul Wahid Endut.

Calon PAS parlimen Kuala Terengganu itu mendedahkan perkara tersebut ketika bertemu dengan orang ramai di Masjid Penghadang Baru di sini, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat Cina di sini menjelaskan mereka tidak lagi takut kepada hukum hudud biar pun cuba diuar-uarkan media massa kerana sudah faham kedudukan sebenar.

Katanya, orang Cina faham hukum tersebut tidak melibatkan mereka kecuali orang Islam yang melakukan kesalahan mencuri atau sebagainya.

"Malah mereka mahu pemimpin Umno dikenakan hukuman hudud kerana 'mencuri' duit royalti petroleum yang menjadi hak kepada rakyat Terengganu.

"Ketika saya datang menemui masyarakat Cina mereka memberitahu usah bimbang lagi dengan undi kaum tersebut dan mereka menasihatkan supaya menjaga undi orang Melayu," ujarnya.

Difahamkan orang Melayu sekarang diumpam dengan wang ringgit sehingga ada yang menerima RM200 hingga RM300 bagi mempengaruhi supaya mengundi BN.

Seorang pesara guru memberitahu dia diberi wang tunai sebanyak RM50 oleh rombongan pemimpin Umno yang melawat pesakit di hospital beberapa hari lalu.

Umno kini terpaksa menggunakan politik wang bagi menarik sokongan rakyat selepas pelbagai isu yang dicipta bagi melemahkan Pakatan Rakyat termasuk hukum hudud tidak menarik perhatian.

Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata, orang Melayu sepatutnya lebih faham kedudukan sebenar tanpa mudah ditipu dengan sekadar umpan RM300.

Beliau juga melahirkan rasa hairan pengurus pilihan kecil Parlimen Kuala Terengganu menarik diri di saat-saat akhir yang disifatnya tidak pernah berlaku dalam sejarah kerana kewibawaannya dipertikaikan.

"Sepatutnya sebagai pengurus pilihan raya beliau perlu bersikap adil sama seperti pengadil bola sepak. Ini apa yang berlaku sekarang pengadil juga mahu menendang bola masuk ke dalam gol," katanya.

Petang semalam Dato' Mat Razali Kassim menarik diri sebagai pengurus pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu selepas kewibawaannya dipertikaikan kerana dikatakan cuba mempengaruhi pengundi menyokong BN.

Dia dikatakan memberi kata dua kepada lebih 500 kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya mengundi calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada pertemuan yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman.

Abdul Wahid juga melahirkan rasa terharu di atas sokongan padu pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dari luar yang datang membantunya.

"Terima kasih kepada semua yang datang membantu dengan membawa sendiri segala kelengkapan sehingga ramai yang tidur ala kadar di penjuru-penjuru," katanya. - mj _

2 comments:

  1. [quote] Tak sangka pula cadangan saya diterimapakai..[/quote]
    alhamdulillah dapat juga kita melihat sesuatu daripada tak ada langsung.
    Lupa nak bagi pujian kat hasbullah sbb daripada komen dia tuh rasa dia memerlukan sokongan moral untuk memberi lagi pandangan pada masa depan :)

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily