Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, November 20, 2010

Syarat-syarat Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah 

Pada bulan Oktober 2006, pernah berlaku pihak jabatan agama sebuah negeri telah menyerbu masuk bilik sebuah hotel atas laporan sedang berlakunya kes khalwat di dalamnya. Namun ternyata laporan tersebut adalah tidak tepat kerana yang ditemui adalah dua orang pelancong Mat Saleh dari Amerika Syarikat dalam lingkungan umur 60an.

Peristiwa ini tidak berhenti di situ. Pelancong tersebut telah membawa kes ini ke pihak atasan, termasuk kepada menteri pelancongan. Seterusnya peristiwa ini mendapat sambutan hangat daripada akhbar-akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sekali gus membawa imej Islam yang sememangnya rendah ke tahap yang lebih rendah.


Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir.


Pada bulan Oktober 2006 yang lepas, pihak jabatan agama sebuah negeri telah menyerbu masuk bilik sebuah hotel atas laporan sedang berlakunya kes khalwat di dalamnya. Namun ternyata laporan tersebut adalah tidak tepat kerana yang ditemui adalah dua orang pelancong Mat Saleh dari Amerika Syarikat dalam lingkungan umur 60an.

Peristiwa ini tidak berhenti di situ. Pelancong tersebut telah membawa kes ini ke pihak atasan, termasuk kepada menteri pelancongan. Seterusnya peristiwa ini mendapat sambutan hangat daripada akhbar-akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sekali gus membawa imej Islam yang sememangnya rendah ke tahap yang lebih rendah.

Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir. Pemikiran ini antara lain menerangkan bahawa melakukan yang baik (ma’ruf) atau yang buruk (mungkar) adalah hak masing-masing individu. Seseorang itu tak perlu campur tangan hak orang lain sama ada untuk menyuruh dia melakukan yang ma’ruf atau melarangnya daripada melakukan yang mungkar.

  Pemikiran ini antara lain menerangkan bahawa melakukan yang baik (ma’ruf) atau yang buruk (mungkar) adalah hak masing-masing individu. Seseorang itu tak perlu campur tangan hak orang lain sama ada untuk menyuruh dia melakukan yang ma’ruf atau melarangnya daripada melakukan yang mungkar.


Pemikiran seperti ini bertentangan dengan ajaran Islam dan sesiapa sahaja yang memiliki pemikiran yang matang lagi luas, kerana mana-mana individu yang melakukan sesuatu yang ma’ruf atau mungkar atas dasar haknya yang tersendiri, lambat laun tetap akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Lebih merosakkan adalah fitrah manusia yang lebih cenderung kepada yang mungkar, dimana kemungkaran yang dilakukannya secara berseorangan lambat laun tetap akan memberi kesan negatif kepada orang di sekelilingnya secara khusus dan masyarakat secara umum.

Titik ekstrim kedua adalah mereka yang melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi tanpa memerhatikan syarat-syaratnya. Mereka adalah orang-orang Islam yang sayangkan agama dan umatnya serta ingin mengembangkan yang ma’ruf dan menyusutkan yang mungkar di tengah-tengah masyarakat yang bergelombang dengan pelbagai cabaran luar dan dalam. Akan tetapi semangat mereka mendahului ilmu dan kematangan sehingga usaha mereka melahirkan hasil yang sebaliknya, yang ma’ruf tetap pada tahap yang minimum manakala yang mungkar tetap kekal atau malah bertambah lagi.

Untuk manfaat bersama, pada kesempatan ini saya ingin menerangkan syarat-syarat pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar agar hasilnya lebih berkesan insya-Allah. Semoga dengan syarat-syarat ini, kita berada di pertengahan antara dua titik ekstrim di atas.

Syarat Pertama
: Ikhlas
 
Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah terlebih dahulu didasari dengan niat yang ikhlas. Amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dilaksanakan demi menjaga ketulenan agama Allah (Islam) serta kasih sayang kepada umat dan prihatin untuk membetulkan keadaan mereka. Dua tujuan yang terakhir ini adalah berdasarkan sifat Rasulullah sendiri:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [Maksud surah al-Taubah, ayat 128]

Tidak boleh melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar kerana ingin mempertayangkan kehebatan diri, merasa hebat dalam pakaian seragam, merendah-rendahkan orang dan sebab-sebab lain yang menjauhi keikhlasan.

Syarat Kedua
: Berilmu

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah berdasarkan ilmu yang sahih. Perkara ma’ruf yang
disuruh hendaklah sesuatu yang benar-benar ma’ruf dan perkara mungkar yang dilarang hendaklah benar-benar mungkar mengikut ukuran al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan kefahaman generasi awal, iaitu al-Salaf al-Shalih. Tidak boleh menyuruh kepada sesuatu yang ma’ruf padahal ia adalah mungkar dan tidak boleh melarang sesuatu yang mungkar padahal ia adalah ma’ruf.

Satu contoh adalah sikap sebahagian umat Islam yang melarang interaksi atau perbincangan antara lelaki dengan wanita secara mutlak (ikhtilath). Larangan ini sebenarnya adalah tidak tepat kerana ikhtilath itu sendiri dapat dibahagikan kepada dua kategori, yang dibolehkan dan yang dilarang. Ia dibolehkan jika ikhtilath tersebut adalah perlu demi manfaat di sebaliknya dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan fitnah dielakkan. Ia dilarang jika ikhtilath tersebut adalah tidak perlu dan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan fitnah dibiarkan.  

Sebagai contoh, di dalam al-Qur’an sedia diterangkan ikhtilath yang dibolehkan, sepertimana kisah Nabi Musa ‘alaihi salam dengan dua orang wanita dalam surah al-Qasas, ayat 23. Demikian juga kisah Nabi Sulaiman ‘alaihi salam dengan Puteri Balqis yang dirakamkan dalam surah al-Naml, ayat 44. Selain itu dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim, diterangkan bagaimana seorang peniaga telah membuka gerai jualannya di bawah/tepi rumah Asma’ binti Abu Bakar, peristiwa isteri Abu Usaid as-Saidi yang menjamu Rasulullah dan para sahabat di majlis perkahwinannya sendiri serta kisah A’isyah yang merawat Bilal bersama ayahnya (Abu Bakar as-Shiddiq) ketika mereka berdua jatuh sakit saat berhijrah ke Madinah. Semua ini menunjukkan ikhtilath tidak dilarang jika ia dapat membawa manfaat dan dihindari apa-apa faktor fitnah di sebaliknya.

Syarat Ketiga
: Keutamaan

Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah mengikut prioriti keutamaannya. Dalam suasana jauhnya

Islam dan umatnya daripada ketulenan al-Qur’an dan al-Sunnah serta banyaknya cabaran yang merosakkan agama dan umat, sama ada dari dalam atau dari luar, maka pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah disusun mengikut prioriti kepentingannya. Tidak boleh memberi tumpuan kepada isu-isu yang kecil padahal isu-isu besar yang lain terabai atau diambil alih oleh pihak yang menanganinya dengan cara yang tidak selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah. 

Contoh isu besar yang terkini ialah bid’ah pemikiran Islam Liberal, bid’ah pemikiran pluralisme (semua agama adalah sama dan benar), bid’ah pemikiran feminisme (wanita hendaklah menjadi lelaki dan pada waktu yang sama membenci lelaki), bid’ah pemikiran hak asasi manusia (setiap manusia bebas melakukan apa yang dikehendakinya), masalah murtad, masalah orang yang membesar-besarkan isu murtad, penyakit aids, hubungan seks antara pelajar dan anak luar nikah. Isu-isu ini patut diberi prioriti di atas isu lafaz niat, doa qunut Subuh, tahlil dan talqin.

Memberi tumpuan kepada menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah termasuk dalam usaha amar ma’ruf dan nahi mungkar. Akan tetapi perlu dibezakan bahawa bid’ah itu sendiri terbahagi kepada dua kategori, iaitu bid’ah pemikiran dan bid’ah amalan. Antara kedua-dua kategori bid’ah ini, bid’ah pemikiran perlu diberi prioriti kerana ia lebih mengancam dan lebih berkesan dalam merosakkan Islam dan umatnya.

Lebih mengancam kerana ia mencemari asas-asas aqidah Islam itu sendiri (oleh kerana itu ia juga disebut sebagai bid’ah al-Iqtiqadiyyah) dan lebih merosakkan kerana ia dilancarkan secara bijak dan berleluasa oleh orang-orang yang memiliki pengaruh dan kedudukan dalam masyakarat. Sebaliknya bid’ah kategori kedua hanya merupakan amalan orang-orang awam yang kurang pengetahuan dalam agama tetapi memiliki keinginan untuk memperbanyak atau memperkemas ibadah mereka kepada Allah.

Orang-orang seperti ini, jika diberi nasihat dan didikan yang berhikmah, akan membetulkan amalan mereka daripada menokok tambah yang bid’ah kepada berpada-pada dengan yang sunnah. Setakat ini kelihatan usaha menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah banyak tertumpu kepada kategori amalan. Maka prioriti usaha ini perlu diubah kepada menghidupkan sunnah dan membasmi bid’ah dalam kategori pemikiran.

Syarat Keempat
: Berwawasan
 
Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah dengan memerhatikan hasil atau akibatnya. Iaitu: · Tidak boleh menyuruh satu perkara yang ma’ruf jika dengannya terhilang kema’rufan lain yang lebih besar atau dengannya terhasil kemungkaran yang baru. · Tidak boleh melarang satu perkara yang mungkar jika dengannya kemungkaran menjadi lebih besar, atau terhasil kemungkaran yang baru, atau dengannya terhalang kema’rufan yang lain. Semua ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. [al-An’aam, ayat 108]

Pada zaman Rasulullah s.a.w., pernah seorang arab Badwi membuang air kecil di dalam masjid. Para sahabat bergegas melarangnya tetapi Rasulullah melarang mereka dan membiarkan Badwi tersebut menyelesaikan pembuangan air kecilnya. Setelah itu barulah baginda menegur Badwi tersebut dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Dalam peristiwa di atas yang tercatit dalam Shahih Muslim (nombor 285), Rasulullah tidak secara terus melarang kemungkaran yang berlaku di hadapan matanya, di dalam masjidnya. Jika kemungkaran tersebut dilarang serta merta, akan berlaku kemungkaran lain yang lebih besar. Badwi tersebut mungkin cuba melarikan diri dan ini akan menyebabkan air kencingnya bertaburan di sekeliling masjid manakala auratnya akan dilihat oleh orang ramai. Atau badwi tersebut mungkin akan berhenti, menahan dirinya dari membuang air kecil dan ini akan membawa mudarat kepada kesihatannya.

Wawasan yang dimiliki oleh Rasulullah menyebabkan baginda tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh Badwi tersebut serta merta kerana ia akan melahirkan kemungkaran lain yang lebih besar. Baginda hanya menegur setelah urusannya selesai manakala para sahabat disuruh oleh baginda untuk menyiram air di kawasan terbabit. Peristiwa di atas, sekali pun kecil, perlu dijadikan iktibar oleh kita semua. Hendaklah pengajarannya dipraktik dan diperluaskan kepada pelbagai senario yang kita hadapi masa kini. Pada pengamatan saya, syarat keempat inilah yang paling tidak diketahui atau diperhatikan oleh sesama umat Islam dalam rangka melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Syarat Kelima
: Berakhlak
 
Pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar hendaklah melalui akhlak yang mulia. Memandangkan pada masa kini kurangnya perkara ma’ruf dan banyaknya perkara mungkar adalah kerana jauhnya umat Islam daripada agama mereka yang tulen, maka hendaklah akhlak mendidik (tarbiyah) dijadikan kaedah utama untuk melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Seterusnya akhlak mencela, menghukum dan memulau (boycot) ditinggalkan kerana ia tidak menghasilkan kema’rufan yang diingini, sebaliknya mengekal atau menambah lagi kemungkaran.
Termasuk dalam akhlak mendidik ialah bijak menyusun strategi agar pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar menjadi berwawasan dan menepati sasarannya. Lazimnya akhlak mendidik dalam pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan menghilangkan perkara ma’ruf yang lain atau menghasilkan serta menambah perkara mungkar yang baru.
Syarat Keenam: Tidak Berprasangka atau Mengintip

Dalam rangka melaksanakan nahi mungkar, kita ditegah daripada berprasangka kepada orang lain, jauh sekali daripada mencari-cari kesalahannya. Tidak boleh bertindak atas laporan yang tidak dikenali kesahihannya. Tidak boleh mengintip dan memata-matai dalam rumah atau ruang hidup peribadi seseorang. Upaya melarang kemungkaran hanya dibolehkan jika ia berlaku secara jelas, tanpa syak, ragu atau dicari-cari. Syarat ini adalah berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. [al-Hujurat, ayat12]

Justeru tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian perlu dihentikan. Sebaliknya hendaklah usaha pelaksanaan nahi mungkar ditumpukan kepada aktiviti yang berlaku dalam ruang terbuka dan tempat-tempat umum seperti kelab malam dan rumah urut. Pengecualian adalah terhadap kemungkaran yang bakal memberi kesan buruk lagi meluas kepada manusia dan harta benda, seperti aktiviti membuat bom atau merancang tindakan menggempar orang ramai (terrorisme). Dalam pengecualian ini, tindakan mengintip, memata-matai dan menyerbu ke dalam rumah atau ruang hidup persendirian dibolehkan.  

Syarat Ketujuh
: Tidak Menghebahkannya
 
Jika seseorang itu secara jelas didapati melakukan kemungkaran, usaha untuk melarang kemungkaran tersebut hendaklah dilakukan tanpa mendedahkan identiti pelakunya. Hendaklah diberi teguran, nasihat dan peringatan secara tersembunyi. Tidak boleh mengumumkan kemungkaran dan identiti pelakunya sehingga diketahui oleh orang ramai. Tindakan ini dilarang keras oleh Allah dengan ancaman:
Sesungguhnya orang-orang yang suka dihebahkan (tuduhan atau berita) yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). [Maksud surah al-Nur, ayat 19]

Pada masa kini, tindakan membawa orang yang didapati melakukan kemungkaran ke mahkamah perlu dikaji semula. Ini kerana tindakan tersebut akan mendedahkan identiti orang yang terbabit dan kemungkaran yang dilakukannya. Sekali pun yang mendedahkannya adalah pihak media, pihak yang diberi amanah melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar perlu memainkan peranan aktif untuk menutup identiti orang yang terbabit.

Demikian tujuh syarat yang perlu diperhatikan oleh setiap individu sebelum melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Setelah itu, hendaklah kita bersabar dalam menantikan hasilnya dan sabar dalam menerima cabaran-cabaran yang bakal timbul. Tidak boleh cepat putus asa atau hilang semangat sebagaimana pesan Luqman kepada anaknya:

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah yang ma’ruf serta laranglah daripada yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” [Maksud surah Luqman, ayat 17]

--------------------------------------
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau tidak membantah operasi khalwat, tetapi mengingatkan pegawai penguat kuasa agama mengamalkan kaedah dianjurkan Islam dan bukan untuk tujuan mengaibkan pasangan ditahan.

Pendapat beliau disokong Timbalan Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya, yang berpendapat konsep ‘amal makruf nahi mungkar’, termasuk operasi mesti diteruskan tetapi ia tidak harus berdasarkan syak, sebaliknya berasaskan keyakinan.

Mohd Asri, 35, berkata sejajar konsep menutup keaiban seseorang dianjurkan Islam, operasi itu tidak boleh dilakukan untuk memalukan seseorang, sebaliknya dengan niat mencegah kemungkaran tetapi berasaskan laporan yang bersifat diyakini oleh pihak yang membuat laporan.

“Islam menyatakan jangan kamu syak. Jauhilah daripada sangkaan. Jangan kamu intip-mengintip. Kalau pegawai penguat kuasa dapat laporan, dia kena siasat sama ada laporan itu betul atau tak betul. Kalau tak pasti, biarkan. Perkara yang tak pasti, jangan masuk campur.

“Mungkar yang terbuka, kita tak kacau pun. Orang berpeluk atas pentas, disiarkan dalam televisyen, kita tak kacau pun. Yang dalam bilik kita pergi cari. Adakah ia terbit daripada kesungguhan atau sentimen? Dia tak kisah apa yang berlaku depan matanya. Dia tunggu orang masuk bilik, baru tangkap,” katanya kepada ditemui di sini, semalam.

Mohd Asri dan Juanda menghadiri mesyuarat berkaitan kaedah pengeluaran logo halal anjuran Jabatan Peguam Negara di sebuah hotel di sini.

Kelmarin, akhbar ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria; Ahli Kehormat Utama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ahmad Awang dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar yang menolak pendapat Mohd Asri sebelum ini yang menyifatkan perbuatan mengintip dan menahan pasangan disyaki berkhalwat sebagai melanggar hak individu dan harus dihentikan.

Mohd Asri menjelaskan, khalwat adalah dosa antara seseorang dengan Allah dan umat Islam yang lain seboleh-bolehnya harus menutup keaiban itu untuk memelihara maruahnya, sejajar konsep memelihara maruah umat yang dianjurkan Islam untuk membimbingnya ke jalan benar.

“Saya bercakap memberi imej kepada Islam supaya agama kita jangan dipersendakan. Kalau dosa antara manusia dengan Tuhan hendak diintai dan diperiksa, kita juga kena periksa pasangan yang naik kereta berdua-duaan. Kalau ada aduan yang jelas, baru kita bertindak. Hari ini, ada tangkapan tidak jelas. Kenapa media dibawa. Apa tujuannya,” tanyanya.

Sementara itu, Juanda, 34, berkata falsafah Islam adalah memberi rahmat kepada umatnya, bukan untuk menjatuhkan maruah mereka dengan menghebahkan kepada umum.

“Kalau jenayah membabitkan dia dengan Allah, seboleh-bolehnya kita tutup. Kalau jenayah membabitkan dia dengan manusia, kena ada perundingan sama ada orang itu reda atau tidak.

“Amal makruf nahi mungkar kena ada adab. Kita kena mendidik, bukan menghukum. Bukan sifat Islam hendak mengesyaki orang. Islam tak suruh kita memalukan orang. Manusia berdosa, tetapi berilah peluang dia bertaubat tetapi kalau dia sudah dimalukan, nanti dia kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” katanya.
 

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily