Tapi malang prestasi MCA makin merundum dan mungkin MCA akan berkubur. Atas kemerosotan prestasinya pada PRU-13 semalam Chui Soi Lek akan mengotakan janjinya.
Dalam tweet terbaru beliau di laman Tweeter, beliau berkata: "MCA akan menghormati keputusan pengundi bahawa jika kami gagal memperbaiki prestasi berbanding PRU lalu, kami tidak akan mengisi sebarang jawatan dalam kerajaan."
MCA hanya menang di lima kerusi Parlimen - Tanjung Malim, Labis, Ayer Hitam di Johor, Bentong dan Tanjung Piai - berbanding 15 kerusi pada 2008. Kebanyakan kerusi MCA dirampas oleh DAP dan PKR dalam perjuangan mereka di PRU13 dan menunjukkan sokongan pengundi cina kepada mereka bertambah merosot.
Apakah UMNO akan buat "muzakarah' dengan DAP pula?? Macam pernah berlaku dengan GERAKAN?? Politik sukar diramal..
Tapi yang saya pasti MCA pasti akan mati tidak berkubur kepada masyarakat muda Cina. Mereka meluat dengan politik ekstremist..
No comments:
Post a Comment