Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Sunday, April 16, 2017
Ronnie Liu akui jumpa Kaunselor Politik AS
DALAM ucapan beliau di Rusila, Marang, pada 10 April 2017, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah menyebut mengenai kewajaran PAS berunding dengan UMNO dengan membandingkannya dengan tindakan DAP “berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia”.
Berikut adalah kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh laman web Harakahdaily pada 11 April 2017:
Orang DAP tanya, dalam perbahasan Parlimen Bajet yang lalu, saya sudah bawa 355 ini, DAP mempertikaikan kerana PAS berunding dengan UMNO. Saya kata, tak boleh ke PAS berunding dengan Umno kerana untuk melaksanakan Syariat? Kerajaan Pulau Pinang boleh berunding untuk bahas pasal jambatan Pulau Pinang, DAP boleh bincang untuk projek Pulau Pinang, kita tak boleh nak bincang untuk nak laksanakan syariat, tak boleh? Dia tak boleh jawab, terduduk dia, tak boleh jawab.
Saya boleh tambah lagi, kita boleh berunding dengan UMNO, berunding dengan siapa dia sahaja untuk melaksanakan Islam, sedangkan dia berunding dengan Amerika pun dia berunding, dengan negara asing pun dia berunding, dengan kedutaan asing pun dia berunding, berunding dengan negara asing untuk mengubahkan politik Malaysia. Kita tak sampai tangga itu, nak suruh negara asing campur tangan negara kita.
Sumber: http://www.harakahdaily.net/…/1001-transkrip-ucapan-tgah-di…
Ekoran kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah membuat kenyataan ini “sebagai suatu fitnah jahat” sambil meminta beliau “tunjukkan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat.
Berikut adalah laporan kenyataan Lim Guan Eng seperti yang dilaporkan oleh laman web Roketkini pada 13 April 2017:
Dalam pada itu, (Lim Guan Eng) turut melahirkan kekesalan dengan kenyataan Hadi Awang yang mengaitkan DAP kononnya berpakat dan bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) untuk campur tangan dalam politik Malaysia.
“(Kenyataan) yang dikeluarkan ini tidak disokong dengan bukti-bukti…tidak disebut pemimpin mana dan saya menganggapnya sebagai suatu fitnah jahat beliau.
“Cuma saya harap, beliau (Abdul Hadi) tunjukkan bukti pemimpin DAP mana yang berpakat dengan Amerika Syarikat…selagi tidak ada bukti, saya menganggapnya sebagai satu lagi fitnah jahat beliau.
“Lagipun, kita (DAP) tidak ada hubungan seperti yang dikatakan oleh Abdul Hadi, bukan sahaja dengan Amerika Syarikat, malah Singapura…janganlah baling batu sembunyi tangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Sumber: https://www.roketkini.com/…/jangan-main-tuduh-tuduh-dap-ge…/
Menyusuli kenyataan Lim Guan Eng ini adalah tindakan Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh, membuat laporan polis ke atas Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, pada 13 April 2017, dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai “pembohongan nyata dan tidak benar sama sekali”.
Berikut adalah laporan kenyataan Wong Kah Woh seperti yang dilaporkan oleh laman web Roketkini pada 13 April 2017:
Ketua Sosialis Muda DAP (DAPSY), Wong Kah Woh, hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membuat tohmahan jahat ke atas DAP dalam satu ucapannya baru-baru ini.
Laporan yang di buat di Balai Polis Sungai Senam itu adalah berhubung dakwaan Hadi Awang kononnya wujudnya rundingan antara DAP dan Amerika Syarikat (AS) untuk mencampuri politik Malaysia.
“Kenyataan yang dilakukan Hadi itu adalah pembohongan nyata dan tidak benar sama sekali.
“Tidak sangka Hadi Awang, seorang yang senior dalam politik dan dikenali sebagai pemimpin agama di tahap seperti ini dan melakukan pembohongan jelas semata-mata demi agenda politik menyelamatkan Najib,” katanya dalam kenyataan.
Adun Canning itu menegaskan, tindakan Ahli Parlimen Marang tersebut secara langsung membuktikan PAS sudah menjadi agen kepada UMNO dengan menyebarkan pembohongan untuk menakutkan orang Melayu terhadap DAP.
Sumber: https://www.roketkini.com/…/tuduh-berunding-dengan-amerika…/
Agak menghairankan bila pemimpin DAP mengeluarkan reaksi terlalu keras terhadap kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ini sedangkan, sekadar satu contoh, seorang pemimpin DAP, Ronnie Liu, telah secara terbuka mengaku di dalam akhbar Suara KeADILan milik PKR keluaran 11 April 2017 bahawa beliau berjumpa dengan Kaunselor Politik Amerika Syarikat, Tressa Finerty, bagi membincangkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Sumber: "Tetap Tahanan Politik, Perlu Bebas Segera", Suara KeADILan, 11 April 2017.
DR KAMARUL YUSOFF
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment