IMPIAN bekas pemimpin Cawangan PAS Kampung Paloh,
Dun Tendong menyertai Umno sudah lama kedengaran, malah ia juga sering
disebut di kedai-kedai kopi.
Adun Tendong Rozi Muhamad berkata, pemimpin terbabit meluah rasa kecewa selepas gagal mendapat sesuatu daripada kerajaan negeri.
Katanya, pemimpin terbabit memberitahu orang kampung, dia mahu
mengundang Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed datang
ke Tendong.
“Tindak tanduk pemimpin terbabit tidak disenangi Cawangan PAS yang
dianggotainya. Ekoran itu mereka membuat mesyuarat menggantikannya
dengan orang lain.
“Perbuatannya melanggar disiplin parti. Cawangan membuat keputusan
awal sebelum dia mengumumkan menyertai Umno,” katanya di Pasir Mas hari
ini.
Media hari ini melaporkan 50 bekas ahli PAS dari Dun Tendong
menyertai Umno dan mendakwa PAS kian bercelaru dan lari daripada
landasan perjuangan selepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.
Ketua kumpulan berkenaan diketuai Mat Zahid Junoh, 55 menyerah borang
menyertai Umno Mustapa sempena Jamuan Rakyat di Kampung Paloh.
Rozi berkata, hanya sekitar lima orang keluarga bekas pemimpin itu
yang dikatakan menyertai Umno dan bukan 50 orang seperti digambarkan. – HARAKAHDAILY 6/10/2017
.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)
No comments:
Post a Comment