Teknik Layar Hijau (Chroma Key), teknik yang digunakan untuk 'superimpose' dua klip video menjadi satu. Adakah cara ini digunakan untuk video Sumpah Laknat Kali kedua Saiful di Kaabah?
Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
|
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Friday, May 03, 2013
Teknik Layar Hijau: Ada kesanaan dengan Video Sumpah Laknat Saiful 2??
Teknik Layar Hijau (Chroma Key), teknik yang digunakan untuk 'superimpose' dua klip video menjadi satu. Adakah cara ini digunakan untuk video Sumpah Laknat Kali kedua Saiful di Kaabah?
Isteri Guan Eng botak kepala bantah politik wang
Oleh MalaysiakiniLebih 100 penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin DAP dan orang ramai, berkumpul di Kuil Kek Lok Si untuk menyaksikan 'protes botak', yang diketuai oleh Betty Chew - isteri Lim Guan Eng - untuk menentang politik wang.
"Acara ini dianjurkan oleh mereka yang menentang politik wang, oleh penyokong kita dan bukan oleh parti," kata Betty selepas membotakkan kepalanya.
Riba PTPTN tiba-tiba lesap menjelang hari pengundian PRU 13 !
Oleh Syawal
Riba PTPTN yang dikenakan secara konsisten pada setiap bulan kepada
peminjam, didapati tiada lagi pada penyata PTPTN untuk bulan Mei 2013.Berkemungkinan besar, ini merupakan satu percubaan untuk mententeramkan peminjam PTPTN yang cukup marah dengan hutang yang semakin meningkat disebabkan riba PTPTN tersebut. Saya berharap pihak PTPTN dapat memberi respon berhubung kes ini dan membuat kenyataan rasmi supaya tiada lagi persoalan yang berbangkit.
Transformasi Najib: Pegawai Kerajaan Kongsi Kereta dan Naik Bas
Oleh ahmadhadeed

Rata rata ramai pegawai kerajaan yang bukan bekerja untuk BN tetapi bekerja untuk kerajaan Malaysia yang tercinta telah menunjukkan sokongan kepada perubahan cara mengurus negara. Sebenarnya mereka tahu semua kepincangan pengurusan BN menyalah guna dana negara dan peruntukan tetapi mereka tidak dapat berkongsi akibat berbagai sekatan termasuk sekatan pegawai tinggi untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.
Walau pun di ishtiharkan pegawai kerajaan boleh melibatkan diri dalam politik dengan kebenaran ketua jabatan , hanya mereka yang menyokong BN saja diberi kebenaran. Walau pun ada keistimewaan untuk bersara awal untuk menjadi calon pilihanraya namun hanya ahli BN saja yang dapat keistimewaan itu.
PRU13 pilihan raya 'paling lucah', kata Kadir
Oleh Salmiah Druhamad Drahsin
Shah Alam – Ketika Kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (Pru13) Tinggal Dua Hari Sahaja Lagi, Media Arus Perdana Yang Menjadi Nadi Kepada Parti Pemerintah Dikritik Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.
Bercakap Di Pentas Forum Sempena Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, Kadir Berkata, Dunia Media Pada Hari Ini Seolah-Olah Dicemari Oleh Pemberitaan Yang Berbeza Dalam Pilihan Raya Lalu.
Manifesto UMNO @ BN masih menepikan Hak Kebebasan Akhbar

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menepikan hak kebebasan media yang mutlak dalam plan transformasinya kata Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.
"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu menjadikan kebebasan media sebagai plan transformasi, tapi malangnya perkara seperti ini tidak diambil perduli.
UMNO Jerlun Sindir Najib??

Replika kapal selam dengan bendera BN di Jerlun, Kedah. Replika biasa dibuat atas sesuatu isu atau tema. Misalnya replika dacing atau wau bulan melambangkan parti. Manakala kapal selam menjadi paling top untuk PRU13 kali ini kerana isu penyelewengan dan rasuah pembelian kapal selam oleh DS Najib.
Apakah replika di atas satu 'pengkhianatan'?
Dr Maza: Nabi Tak Didik Untuk Bersumpah Di Kaabah

Dr Asri Zainal Abidin dalam kenyataan terkininya di twitter menyebut tidak pernah Nabi Muhammad s.a.w. mendidik umatnya untuk bersumpah di Kaabah jika berlaku sebarang masalah pertikaian sesuatu perkara.
Beliau ada menyebut "Kita sedia maklum terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjid al Haram serta kemustajaban berdoa di hadapan Kaabah. Tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Kaabah kerana bimbing ianya menyamai perbuatan masyarakat arab jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib (dengan anak panah) di depan Kaabah…”
Orang Sabah Buang UMNO

PAS bertanding di Sabah sebagai memenuhi syarat dakwah. Visi di Sabah lebih kepada versi dakwah, menyampaiakan kebaikan agama kepada penduduk sana. Memberikan penjelasan Islam kepada umat Islam di sana yang tidak memahami Islam secara menyeleuruh.
PRU13 adalah satu daripada medan ke arah itu. Walaupun PAS masih baru di sana, penerimaan orang sabah Islam dan bukan Islam sungguh menakjudkan.
Monday, August 20, 2012
Tahapan Ukhuwah Islamiyah
Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,Ukhuwah Islamiyah muncul sebagai penyangga kepada kekuatan aqidah dan merupakan nikmat yang Allah swt berikan di samping ianya juga adalah suatu kehendak Allah swt.
Kita hanya mampu berusaha untuk sentiasa mempersatukan hati-hati kita, namun Allah jualah yang dapat memadukannya.
Friday, June 17, 2011
Inilah Jalan Para Ulama
Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Saturday, December 25, 2010
Tarbiyyah zatiyyah
Bismillah. alhamdulillah hari ini dapat join qiamulallail dengan rakan2 naqibah yang lain sekali lagi dan kali ini lebih special dengan kehadiran Kak Aisyah dengan Kak Syaf. ni kali pertama ana bertemu dengan kakak2 ini. Mereka ini bukan calang2 orang, mereka wakil ISMA (ikatan seluruh Muslimin) untuk menganjurkan program bersama Nisa’ IYA Bangalore. kehadiran si comel hafsah (baby Kak Aisyah) turut menceriakan suasana.
*hafsah sangat active. masa kami bangun qiamullail, mata dia dah celik, terkadang merengek tapi selalu saja tersenyum dan tergelak. Alhamdulillah, zuriat kepada ibubapa yang mendukung syariat agama bakal membesar dengan jiwa seorang da’ie juga. InsyaAllah*
setelah selesai solat semuanya, kami mendengar tazkirah dari Kak Aisyah. Alhamdulillah, ana jadi pendengar yang duduk di barisan paling hadapan untuk menimba seberapa banyak ilmu yang hendak disampaikan~ tajuk tazkirah hari ini adalah tentang tarbiyyah zatiyyah. (secara istilahnya: tarbiyyah-pelajaran, zatiyyah-jati diri)

Sunday, November 21, 2010
Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya akan diraih (dicapai) dengan tarbiyyah
Hari ini isu tarbiyyah di sebut. Pasal ada beberapa menyebut Zaid Ibrahim tidak diberikan tarbiyyah di dalam PKR. Kita bercakap sedikit pasal tarbiyyah.
Ya, tarbiyyahlah yang (dengan izin Allah SWT) telah mengubah peribadi sahabat-sahabat awwalun dari segi kefahaman, Syu'ur (perasaan), ruh dan sikap hidup mereka. Mereka bukanlah pasukan manusia yang Allah SWT turunkan dari langit dengan segala kesempurnaan, sebaliknya sebahagian mereka adalah serpihan dari masyarakat jahiliyyah; yang sudah terbiasa dengan cara hidup kehaiwanan. Ada yang pernah membunuh anak perempuan hidup-hidup, biasa berjudi, membunuh dan sebagainya.

Saturday, November 20, 2010
Pemerkasaan Wasilah Tarbiyyah
Demi sesungguhnya, bahawa menyampaikan da’wah itu merupakan suatu kewajiban adalah suatu hakikat yang pasti seperti yang dituntut oleh Syara’.[1] Selanjutnya kita juga difahamkan bahawa pelaksanaan prinsip-prinsip da’wah itu dapat dilakukan melalui dua keadaan: secara fardiyy (perseorangan)[2] dan jama’iyy (berkumpulan/kolektif). Nas yang yang terkuat menunjukkan bahawa pelaksanaan da’wah secara jama’iyy adalah fardu ‘ayn yang mesti dilaksanakan oleh setiap ummat Islam sehingga tertegaknya Din dan Hakimiyyah Allah di atas muka bumi ini.
Aspek selanjutnya dalam da’wah ialah bagaimanakah sesuatu Jama’ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (tanzim) secara teratur[3] dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya. Kita juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama’ah Islam di dunia pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek pengurusan organisasinya. Berjaya-tidaknya sesuatu Jama’ah Islam amat bergantung kepada bagaimana pimpinan (Qiyadah) dan pengikutnya (Jundiyyah) mengendalikan penyusunan tanzim organisasi Jama’ah itu.

Syarat-syarat Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar
Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah
Pada bulan Oktober 2006, pernah berlaku pihak jabatan agama sebuah negeri telah menyerbu masuk bilik sebuah hotel atas laporan sedang berlakunya kes khalwat di dalamnya. Namun ternyata laporan tersebut adalah tidak tepat kerana yang ditemui adalah dua orang pelancong Mat Saleh dari Amerika Syarikat dalam lingkungan umur 60an.
Peristiwa ini tidak berhenti di situ. Pelancong tersebut telah membawa kes ini ke pihak atasan, termasuk kepada menteri pelancongan. Seterusnya peristiwa ini mendapat sambutan hangat daripada akhbar-akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sekali gus membawa imej Islam yang sememangnya rendah ke tahap yang lebih rendah.
Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir.

Sunday, August 29, 2010
Akhlak & Sifat-sifat Seorang Pimpinan
1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya mengalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.
Monday, August 23, 2010
Akhlak Dan Adab Dalam Berjemaah
Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:
Tarbiyyah PAS – "Revolusi ke-2"
Untuk memastikan PAS terus berada pada landasan yang betul dan bertepatan dengan zaman, Kita mahu sistem tarbiyyah parti disemak semula secara menyeluruh dan segera untuk dikaji keberkesanannya terutama misi melahirkan kader-kader dan kepimpinan masa depan. PAS memerlukan anjakan "Revolusi ke 2" dan keberanian untuk melahirkan kepimpinan parti yang menepati acuan perjuangan kita sendiri. Satu penilaian semula secara objektif terhadap elemen-elemen terpenting dalam jemaah seperti akhlak dan sahsiah kepimpinan, kerahsiaan parti, kekuatan ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin serta pengurusan parti. Kita merasakan semacam terhakisnya elemen-elemen terpenting yang disebutkan tadi yang lambat laun menjadi api dalam sekam yang memusnahkan perjuangan kita.
Friday, January 01, 2010
Memasuki tahun 2010 dengan menanam azam
Pelbagai isu besar muncul sepanjang tahun 2009, tahun yang tidak jauh dramatiknya berbanding tahun sebelumnya, 2008, yang menyaksikan kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.Tahun 2009 bermula dengan rakyat menyaksikan krisis di Perak apabila Umno dan Barisan Nasional merampas pemerintahan negeri Perak daripada PR melalui tindakan lompat parti tiga Adun PR, dua daripada PKR (Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu) dan satu DAP (Hee Yit Foong).
Subscribe to:
Posts (Atom)