Oleh ahmadhadeed
Rata rata ramai pegawai kerajaan yang bukan bekerja untuk BN tetapi bekerja untuk kerajaan Malaysia yang tercinta telah menunjukkan sokongan kepada perubahan cara mengurus negara. Sebenarnya mereka tahu semua kepincangan pengurusan BN menyalah guna dana negara dan peruntukan tetapi mereka tidak dapat berkongsi akibat berbagai sekatan termasuk sekatan pegawai tinggi untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.
Walau pun di ishtiharkan pegawai kerajaan boleh melibatkan diri dalam politik dengan kebenaran ketua jabatan , hanya mereka yang menyokong BN saja diberi kebenaran. Walau pun ada keistimewaan untuk bersara awal untuk menjadi calon pilihanraya namun hanya ahli BN saja yang dapat keistimewaan itu.
Dari segi melaksana tugas negara, ramai pegawai kerajaan merungut kerana dasar Transformasi Ekonomi Najib telah dilaksanakan dengan memotong secara drastik peruntukkan kewangan memdahkan para kakitangan kerajaan melaksana tugas. Ini semua adalah untuk mencapai wawasan Transformasi Najib- Idris Jalal, (pakar strategis bahlul BN ) untuk menaikkan index pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi membuktikan Transformasi Najib sudah mencapat NKRA .
Memang lah kalau pegawai kerajaan terpaksa naik bas jabatan untuk pergi mesyuarat,,naik Air Asia untuk ke KLIA dan kongsi kereta macam sadin untuk ke seminar,-sudah tentu kos pengurusan menurun dan economic growth index bertambah. Tapi apa kesan nya..pegawai pertadbiran awam menaggung kesusahan dan keletihan kerana terpaksa bermesyuarat selepas beratus km di lambung bas.
Pernah seorang doktor di Hospital kerajaan mengeluh kerana mesin photostat pun tak boleh di baiki apabila rosak. Yang paling teruk pula budget jabatan datang pada akhir tahun dan terpaksa di reject kerana takut salah belanja wang dan kemana duit itu digunakan apabila sampai ke Putrajaya kita pun tak tahu.
Walau pun diberi kenaikan gaji namun kenaikan gaji itu sama dengan kadar inflasi. Ada pula yang mengguna tactic recycle kenaikkan pangkat, Mahyuddin mengumum penambahan peluang kenaikan pangkat tapi terbukti hanya rebranding pangkat yang sedia ada.
Penyelewengan dalam angkatan tentera pula akan menyebabkan tentera kita tidak mendapat senjata yang sesuai dengan zaman sekarang. Kalau lah orang sudah mengguna supersonic jet plane berbekalkan satellite guided missile JDAM, kita asyik membeli Sky Hawk yang sudah berkarat di Padang Pasir Arizona. Kalau orang dah boleh membuat submarine, kita masih membeli recorn submarine dengan peluru torpedo canggih as separate asesori.
Tentera lain dah mengguna AWAC untuk mengawas pantai kita masih mengguna kapal terbang latihan untuk mengesan musuh. Inilah bahaya nya kebocoran dan rasuah dalam pertadbiran negara, Rakyat tidak akan dapat dilindungi dengan baik dan pegawai kerajaan akan susah untuk melaksana tugas.
Kita mengharap pegawai kerajaan akan menyokong Perubahan PR supaya kita dapat melaksana tugas kita dengan lebih berkesan dan supaya rakyat mendapat perkhidmatan tahap dunia yang sudah di nikmati negara maju yang lain.
No comments:
Post a Comment