Oleh: Tok Janggut
Mula-mula apabila didedahkan akan penglibatan UMNO membawa rakyat asing dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung, PR dituduh buat fitnah dan mereka-reka cerita walaupun dibuktikan dengan gambar-gambar yang diambil dari lapanganterbang akan kebanjiran rakyat asing yang wajah mereka jelas merupakan rakyat Mynmar, Bangla, Filiphina dan Indonesia. Akhirnya calun BN Putrajaya bangkit mengaku akan kebenaran tuduhan PR itu tetapi atas alasan kesemua yang dibawa melalui pesawat itu pengundi berdaftar.
PR bukan mempersoalkan mereka itu pengundi berdaftar atau tidak, tetapi mempersoalkan bahawa mereka itu semua bukan rakyat jati dan asal dari Malaysia. Mereka itu semua diberikan “IC” dalam projek Mahathir dulu dengan tujuan untuk mengundi UMNO/BN. Kabinet diberitakan tidak diberitahu akan tindakan Mahathir itu.
Siapa Mahathir yang berani dan pandai-pandai untuk melakukan semua itu? Beliau sendiri bukan berasal dari bumi Malaysia ini. Istimewa sungguh rakyat asing itu. Naik kapalterbang percuma, diberikan wang saku dan tempat penginapan malahan dikawal pula keselamatan mereka oleh pihak polis. Bukankah ini bertujuan untuk menggadai dan menjual maruah negara? Kita lihat sahaja nanti, sekiranya UMNO/BN menang dalam PRU13 kelak, maka semua rakyat asing ini akan bebas dan boleh mendapatkan apa saja yang mereka inginkan dari kerajaan UMNO sebagai membalas jasa mereka yang patuh dan taat kepada UMNO. Akhirnya semua hak orang Melayu dan hak-hak rakyat Malaysia asal, akan bertukar tangan.
Yang sedihnya, polis dan tentera diheret sama oleh UMNO untuk bersekongkol dengan kerja keji mereka untuk menggadai maruah negara dan hak rakyat jelata kepada rakyat asing. Polis dan tentera digunakan untuk mengawal dan melindungi rakyat asing ini ketika mengundi sedangkan tindakan ini membahayakan negara kerana menggadai hak dan maruah hak rakyat negara ini. Sepatutnya sebagai penjaga keselamatan negara polis tidak wajib akur dengan arahan UMNO ini malahan polis wajib menangkap pemimpin UMNO yang memberikan arahan itu kerana ini berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara. Tidak mustahil, suatu hari nanti polis, tentera dan lain-lain jabatan keselamatan negara akan dikuasai oleh rakyat asing ini. UMNO/BN akan lebih selesa dan percaya dengan rakyat asing ini yang akan menurut apa saja arahan mereka. Apatah lagi mereka boleh menerima kadar gaji yang rendah dan rakyat asing ini tidak banyak berbicara.
Kini rakyat asing ini berkeliaran diseluruh pelusuk negara sebagai menjalankan kerja khianat UMNO kepada rakyat negara ini. Tidak ada siapa yang boleh menyentuh dan menggangu mereka. Mereka adalah anak emas UMNO/BN. Pengikut dan penyokong UMNO betul-betul jadi bodoh dan tolol kerana tidak sedar bahawa mereka hanya dijadikan alat sahaja oleh pemimpin mereka, sedangkan rakyat asing diberikan layanan “first class” dan tidak lama lagi ketua cawangan, ketua bahagian, JKKK malahan wakil rakyat UMNO akan dikuasai oleh rakyat asing ini.
Rakyat Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Serawak pun tidak diberikan tiket percuma dan layanan istimewa untuk balek mengundi di Semenanjung bahkan sebilangan besar mereka sudah menukar alamat di sana dan mengundi di Sabah dan Sarawak. Fikir dan renungkanlah wahai semua rakyat Malaysia yang masih menyokong UMNO. Bangkitlah pada PRU13 ini dan tolaklah UMNO/BN yang khianat itu. Jangan jadi bodoh lagi. Calun-calun UMNO yang kamu pertahankan itu hanya bertujuan untuk mengaut projek dan harta sahaja bila menang nanti, kamu semua tidak akan dipedulikan lagi selepas ini. Jangan bersubahat menghancurkan negara dan menggadai maruah kita dengan UMNO lagi. Rakyat asing sudah hampir satu juta berada dalam negara kita yang layak mengundi akibat angkara si Mahathir laknat itu dulu.
Apakah sanggup kita melihat negara dan hak kita nanti dikuasai oleh semua rakyat asing yang menjadi tetamu istimewa pemimpin UMNO ini? Sedar dan insaflah. Jika polis dan tentera pun sudah UMNO heret untuk bersama melindungi warga asing sehingga boleh menggadai maruah rakyat dan negara, pada siapa lagi untuk kita sebagai warga negara ini untuk berharap bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara kita kelak? Pada warga Bangla? Warga Myanmar, Indon, Thailand dan Filiphina? Tidak mustahil suatu hari nanti UMNO akan menjemput warga sekutunya Zionis untuk menjadi pengundi pada PRU14 kelak. Oleh itu sedar dan insaflah. Cukuplah kebodohan dan kehinaan pemimpin kamu terhadap kamu selama ini. Tumbangkan UMNO/BN dalam PRU13 nanti dan selepas itu semua rakyat asing akan ditarik semula kerakyatan mereka dan dihantar pulang ke negara asal mereka demi untuk keselamatan dan keselesaan rakyat asal negara ini.
Ingatlah, maruah kita dan negara kita lebih penting dari segalanya. Pemimpin UMNO tidak peduli semua itu, bagi mereka kuasa, harta, pangkat dan asalkan tembelang mereka tidak pecah adalah matlamat utama mereka. Pengikut mereka hanya lembu suruhan sahaja. Marilah sama-sama kita selamatkan negara kita dari digadai oleh UMNO kepada rakyat asing dan marilah juga kita selamatkan polis dan tentera kita dari diperalatkan dan dipaksa oleh UMNO supaya bersekongkol dengan mereka untuk menjual maruah dan kedaulatan negara kita kepada rakyat asing. Wallahualam.
Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Bulan Ini
-
▼
2013
(266)
-
▼
May
(239)
-
▼
May 03
(18)
- Celaka Punya Barua UMNO: Petang Pasang, Malam dah ...
- Serahan Memorandum GATERA kepada SPR
- Pekerja Indonasia Dapat IC dan BR1M??
- Pengundi Rakyat Asing: Bukti UMNO/BN Sudah Tidak p...
- Pesanan khas Anwar kepada penjawat awam
- Bocor: Perbualan antara Raja Nong Chik dan Rusli Baba
- Tak Ada Otak!!
- Sultan Kelantan Murka Kepada Penderhaka Di Gua Musang
- Orang India Bukan Islam pun Nak Tolong PAS.. Melay...
- Teknik Layar Hijau: Ada kesanaan dengan Video Sump...
- Isteri Guan Eng botak kepala bantah politik wang
- Riba PTPTN tiba-tiba lesap menjelang hari pengundi...
- Transformasi Najib: Pegawai Kerajaan Kongsi Kereta...
- PRU13 pilihan raya 'paling lucah', kata Kadir
- Manifesto UMNO @ BN masih menepikan Hak Kebebasan ...
- UMNO Jerlun Sindir Najib??
- Dr Maza: Nabi Tak Didik Untuk Bersumpah Di Kaabah
- Orang Sabah Buang UMNO
-
▼
May 03
(18)
-
▼
May
(239)
No comments:
Post a Comment