JAKARTA - INDONESIA. Ribuan umat Islam di Jakarta, berkumpul di ibu kota berkenaan bagi menyertai himpunan tunjuk perasaan untuk menuntut gabenor mereka, Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) dipecat kerana dikatakan menghina Islam.
Memetik laporan Reuters, umat Islam berkumpul di pekarangan Masjid Istiqlal, Jakarta dan mula berarak, selepas selesai solat Jumaat semalam dengan rata-rata membawa sepanduk yang bertulis 'pencaci mesti dihukum'.
Terdahulu pada 27 September lalu, Ahok dalam satu ucapannya memetik sebuah ayat al-Quran dan menggunakan ayat suci itu dalam konotasi yang salah, untuk menyerang pesaingnya menjelang pemilihan semula gabenor Jakarta pada Februari ini.
Ahok dipetik sebagai berkata, ramai diantara mereka telah 'ditipu' oleh pesaingnya yang menggunakan ayat al-Quran untuk menghalang mereka daripada mengundi seorang yang bukan beragama Islam 'anda sedang tertipu'," katanya.
Dalam pada itu, menurut Ketua Dewan Syura Pengerak Pembela Islam (FPI), Kyai Jafar Shodiq dalam tunjuk perasaan semalam, umat Islam terkesan dengan kenyataan Ahok tersebut.
"Seluruh umat Islam yang meyakini kitab suci al-Quran, harus terkesan dengan penodaan yang dilakukan oleh Ahok," ujarnya.
Susulan daripada tunjuk perasaan itu, beratus-ratus polis dan tentera di tempatkan disekitar bangunan dewan bandar raya untuk memastikan penunjuk perasaan dalam keadaan terkawal.
No comments:
Post a Comment