Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Tuesday, April 14, 2009

Arus Perjuangan Baru

Oleh Anwar Ibrahim

Terik matahari dan hari bekerja buat warga Bukit Selambau tidak menghalang mereka untuk menghadiri acara perasmian Pusat Khidmat Bukit Selambau. Hadir sama ialah YB Ahmad Kasim, YB Dato Rashid Din, YB Senator Zamry, Yb Gobala dan mantan naib presiden PPP Dato V. Nadarajan.

Majlis ini juga menyaksikan YB Manikumar melafazkan ikrar untuk berkhidmat demi rakyat tanpa mengira sempadan kaum, agama dan perbezaan fahaman politik. Arus perjuangan baru untuk bangsa sangat diperlukan di saat politik lama masih tegar dianuti oleh segelintir walaupun diberi bungkusan baru. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan yang masih bersama-sama dengan proses pembungkusan semula tersebut.

BONGKAR: Taktik Jahat UmNO-Bn

Oleh Hijat Panjang

Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.


PANDANGAN YG JUJUR & TERUS-TERANG TERHADAP SUSUNAN KABINET BARU NAJIB

Dari seorang pengunjung blog The Scribe A.Kadir Jasin:

Dato:

Saya rasa Dato harus menghentikan usaha mem-propaganda-kan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Tolonglah bercakap secara jujur dan terus-terang. Janganlah menjujung buta-buta axis Najib-Mahathir.

Soalan utama yang ingin saya kemukakan di sini: Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' seperti kata Dato?

DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, ARTIS PUN JOIN ISLAM

Oleh Dr Fikrah

Saya tertarik semenjak mendengar beberapa berita sejak kebelakangan ini, yang memaparkan beberapa orang artis Malaysia yang semakin tertarik dengan Islam. Antaranya seperti Siti Nurhaliza, Amy search, dan semalam baru sahaja ditambah dengan seorang lagi artis yang tertarik dengan dakwah PAS di Malaysia.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel “Siti Nurhaliza : Orang Yang Tersesat Pasti Rindukan Kebenaran”…. Yang khusus saya tulis sempena lawatan Siti Nurhaliza di Pejabat Tok Guru Nik Aziz. Sebelum ini, Akil Hayy juga sudah menonjolkan satu contoh yang baik untuk dicontohi oleh artis-artis lain hari ini.

Muhyiddin suruh MIC tutup mulut

Oleh Amin Isakandar @ Black

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta MIC agar tutup mulut. Ini adalah kerana parti berkenaan tidak berpuas hati dengan barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Najib.

Sammy Vellu dikatakan marah kerana tidak dilantik sedangkan Koh Tsu Koon yang turut kalah dalam PRU 12 lalu dilantik untuk menganggotai kabinet.

Baca berita dari The Malaysian Insider dibawah:

Punca undi Melayu kepada PAS merosot

Oleh : tulahan

Dua tiga hari ini, media massa dan media maya memperkatakan tentang kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu di PRK Bukit Gantang. Pengarah JPN Perak Hj. Asmuni Awi memberitahu undi PAS merosot dari 47 % semasa PRU 12 kepada 43 % semasa PRK Bukit Gantang.

Hampir semua peti undi Melayu mencatatkan penurunan sokongan pengundi Melayu kecuali tiga UPU dalam DUN Kuala Sepetang iaitu Sg. Limau (Hujung Matang), Kg. Jaha dan Kg. Menteri.

Pelbagai alasan dikemukakan penganalisis politik semasa membincangkan isu ini. Penulis mengariskan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada PAS. Hj. Asmuni menyatakan, daripada 2000 pengundi luar PAS hanya sekitar 700 orang sahaja yang balik mengundi.

Malik Dahului Maktar Sebagai Calon Timbalan KM 1 Pulau Pinang..??

Oleh Hijat Panjang

ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim, disebut-sebut sebagai timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut minggu lalu.

Abdul Malik dilihat sebagai calon pilihan kerana mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila ditugaskan sebagai exco perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna.

Beliau sebelum ini diberikan tugas hal-ehwal Islam yang dipegang Mohammad Fairus bagi "meringankan tugas" ADUN Penanti itu.

Hidden Dramas Hours Before Najib’s Swearing-in?

By Kim Quek on Anwar Ibrahim Blog.

Unusual occurrences on the day before Najib Razak’s swearing-in as prime minister have raised questions on the royal consent to his appointment. From the time Najib left the palace ground at 12.15 hrs on April 2, after an audience with the King, the nation was kept in darkness for seven hours as to whether the King had given his consent to Najib’s premiership.

It was not until 19.38 hrs that the first newsbreak came from Bernama stating that Chief Secretary to the Government Mohd Sidek Hassan announced that the King had given his consent to Najib’s appointment and that Najib would swear-in at 10.00 hrs the next day – which was the time previously circulated by the government. Was it not most extraordinary that the nation was kept in suspense for so many hours when the ceremony was only hours away? What was the reason for this big delay in announcement? Was there any problem with the royal consent?

Shadow Cabinet: The Time is NOW!!

Oleh Putera Batu

For all our hype we have yet to answer the main question from the Rakyat. "Are we able to lead the Federal Government?"

Many a time has the proposal been swept under the carpet, and many a time opportunities upon opportunities to show we can actually govern; goes unnecessarily down the drain.

Here we have 4 Pakatan States and we are struggling to maintain administration. We even had to deal with disciplinary issues which led directly to the fall of the Perak State Government.

Pakatan Rakyat: Kerajaan Persekutuan 2011?

Oleh PuteraBatu

Pada kurang daripada 5 tahun lepas UMNO dan BN memegang kuasa yang paling besar dalam sejarah negara dengan menguasai lebih daripada 90% kerusi Dewan Rakyat.

Tetapi sifat takabbur dan riak mula menjadi bibit-bibit perpecahan dan kehancuran UMNO dan BN.

Allah SWT telah berfirman, sekiranya kamu bersyukur maka akan aku tambahkan nikmatku, dan sekiranya kamu kufur, maka azabku amatlah pedih.

Kini keadaan sudah terbalik. Dahulunya UMNO dan BN mengekalkan sokongan golongan Melayu pada nisbah lebih kurang 50%, dan bergantung kepada sokongan padu golongan bukan Melayu; kini keadaan sudah berubah. Sekiranya warga Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga Malaysia selain Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan UMNO berterusan memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka kekuasaan yang BN rasai dahulu akan berpindah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Golongan muda yang lebih-kurang 100% mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya UMNO dimana UMNO memohon restu rakyat (tetapi tidak direstui) lebih memeritkan suasana.

Ahli akar umbi haruslah meningkatkan usaha menambahkan ahli untuk memastikan 'mood' berterusan hingga ke tarikh PEMILU yang akan datang. Bersiap-sedialah golongan Umarak Suuk seperti Hamid Albar yang akan merasakan peritnya ditahan dibawah ISA.

Harapan saya agar Abang Mat Sabu 'ditabalkan' sebagai Menteri Dalam Negeri dan berkuasa penuh untuk menuntut keADILan bagi tahanan yang dipisahkan daripada keluarga dan sanak saudara tanpa bukti empirik.

Telah saya katakan dalam posting saya sebelum ini bahawa teori RAHMAN akan berakhir dengan N; iaitu Najib Razak; dan dengan huruf itulah juga terbenamnya politik perkauman, tindas menindas dan politik ugutan.

Amin.


http://puterabatu.blogspot.com/

Manikumar dilantik exco k'jaan Kedah

S Manikumar yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Selasa lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota exco kerajaan negeri Kedah.

Manikumar, 35, mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit di Alor Star pagi ini.


Beliau ialah Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan, lapor Bernama.Manikumar mengisi tempat yang dikosongkan bekas Exco, V Arumugam yang mewakili PKR.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail serta semua sembilan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri turut menyaksi acara angkat sumpah itu.
dari Malaysiakini.

Monday, April 13, 2009

Zahid Hamidi “kepala” taktik jahat BN untuk menang semua kerusi dalam pilihanraya akan datang?

Oleh Amin Iskandar @ Black

Menteri Pertahanan yang baru, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan baru-baru ini bahawasanya tentera Wataniah akan ditempatkan di kesemua kawasan parlimen di Malaysia.
Hujah bodoh darinya ialah Tentera Wataniah ini akan membantu anggota tentera untuk menjaga keamanan negara.

Hujah bodoh ini hanya boleh diterima pakai oleh orang-orang yang bodoh. Persoalannya semenjak bila pula kawasan-kawasan parlimen diseluruh negara sedang berada dalam keadaan perang sehinggakan tentera wataniah dan anggota tentera diperlukan?Jawapannya mudah. Penempatan tentera-tentera Wataniah disemua kawasan parlimen akan menambahkan lagi jumlah undi pos. Apabila jumlah undi pos bertambah, kemungkinan BN untuk merampas semula kerusi-kerusi parlimen yang telah jatuh ketangan Pakatan Rakyat akan menjadi lebih mudah.

Rakyat harus berhati-hati dengan niat jahat Zahid Hamidi yang kini telah menjadi “budak suruhan” Najib Razak. BERSIH perlu melakukan sesuatu untuk menghalang niat jahat ini daripada diteruskan.

Di zaman pemerintahan Najib ini, apa sahaja akan dilakukan untuk memastikan kuasa dapat dirampas kembali!!! Ingat apa yang berlaku di Perak!!!




Friday, January 30, 2009

Rusila dulu dan sekarang...

Oleh SP

Seperti selalunya, pagi Jummat saya memandu ke Rusila untuk mendengar Kuliah Jumaat oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Minggu ini Tuan Guru tak ada; beliau ke Palestine mewakili Jamaah Islam Dunia untuk melihat situasi sebenar keadaan di sana.

Saya sampai lewat, kuliah telahpun bermula oleh penganti Tuan Guru. Susah juga nak parking dalam keadaan sebegini tetapi al Hamdulllah kebetulan ada satu ruang kosong berhampiran dengan masjid.

Selalunya saya terus ke Masjid tetapi kali ini saya mengubah fikiran, saya ke gerai menjual, meninjau dan terus singgah di gerai makan bersebelahan dengan penjual pokok buah-buhan.

Pesan nasi minyak lauk daging dan teh. Sambil melihat persekitaran, penjual sedang asyik menjual dan pembeli ada yang tawar menawar.


Beberapa tahun lalu, malah kuliah Tuan Guru Haji Abdul ini telah berlangsung puluhan tahun, semenjak saya masih bersekolah lagi telah menetapkan tidak dibenarkan menjual semasa kuliah sedang berlangsung.

Apakah peraturan ini telah tidak diguna pakai lagi?

Bayar harga makanan RM4.50 (mahal juga.. tapi murah berbanding tempat lain di Terengganu), sambil keluar sempat juga saya membeli sepohon pokok rambutan (rambutan kuning dengan harga RM7) dan terus berjalan ke kereta.

Jam masih pukul 10.45 pagi, keadaan telah tenang. Sebelum jalan 2 hala dibina. Jam 11 pagi masih tak ada peluang hendak keluar. Keadaan trafik sekarang agak baik, walaupun saya nampak beberapa buah kereta yang parking di tepi jalan telah disaman oleh pihak polis.

Sebelum sampai ke kereta, saya sempat singgah sebentar di gerai buku, membelek dan melihat buku-buku terbaru. Nampak telalu banyak buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ramai benar suka menulis daripada kuliah beliau....

Terlintas dalam hati, aku pun boleh menulis juga, sekadar datang ke kuliah, beli kaset dengar dan tulis semula, setelah siap minta Tuan Guru tanda tangan dan buat semakan. Tercacat oleh Ustaz Songkok Putih....

Fikiran yang merapu terhenti, apabila seorang keluarga Tuan Guru Haji Abdul Hadi, yang rumahnya berhampiran masjid maklumkan bahawa anak saudara Tuan Guru Haji Abdul Hadi meninggal dunia kemalangan sebentar tadi di hadapan Gerai Kerepok Lekor 007.

Anak saudara isteri pertama beliau, berumur 22 tahun (lelaki) mati ditempat kejadian memandu kereta telah melanggar kereta CRV yang keluar dari simpan secara mengejut...

Inalillah... umur bukan penentu kematian. Begitu juga takdir, menurut emaknya sepatut dia ada di kuliah tetapi oleh kerana ada hal penting dia untuk berjumpaan seseorang dia ke bergegas tempat ajalnya...

Kita bila lagi... minta jauh mati dalam perjuangan fasik!!

Wednesday, January 28, 2009

Ribut Dalam Cawan Kopi....

Oleh Kopitian

Lawatan Ahli Parlimen Ampang Ke Sebuah Keluarga Daif Di Lembah Jaya - Malaysiakini

Baru2 ni teman terserempak dengan orang YB Khasim...first time jumpa. Nampak mesra..
Dia tau teman dari Ulul Azmi. Soalan pertama dia..."Siapa Firdaus Omar tu?"
"Teman le...!" Selamba jawab teman.

Mungkin ada sesuatu yang hendak dinyatakan tapi tak terkeluar agaknye....
Tak palah. Mungkin lain kali kot.

Tapi tulisan2 pembaca yang komen dalam blog Parlimen Ampang (mungkin petikan di atas) agak mengganggu beliau.


Terus-terang dah lama bebeno teman tak mengikuti blog Parlimen Ampang.

Zuraida pun dah lama tak kelihatan di Bukit Indah...tak seperti mula2 menang dulu. Ketika muncul dalam TV (berapa...tu..temanpun tak berapa ingat) bersama YB Fuad Zarkasi...dia tak berapa impressive malam tu...teman pun dah lost interest. Lagipun mungkin dia sibuk dengan tugas dia sebagai Ketua Wanita Keadilan...??

Kritikan terlalu keras terhadap YB Khasim dan 90% macam dendam peribadi dan tidak konstruktif (oleh orang2 PKR)...teman rasa agak keterlaluan. Sedangkan orang PAS selalu restraint dari mengambil tindakan yang serupa. Mungkin Zuraida OK...tapi2 orang2 dia tidak begitu.

Perlu ingat juga...ketika PRU12 yang lalu...setiap kali tangan kanan kami mengibar bendera PAS...tangan kiri kami mengibar bendera Keadilan. Itu semua atas dasar persaudaraan dan perjuangan.

Teman suka kalu Zuraida dan Khasim duduk berbincang. Benda2 macam ni tak boleh dibiarkan berlarutan...Nasihat sikit anak2 buah tu. Budaya Umno tak ada tempat dalam Pakatan Rakyat. Ada juga rakan2 di MPAJ yang bersuara kat teman. Naik muak dengan bekas orang2 Umno... jenama lain tapi perangai macam tu jugak.

Bagi YB Khasim pula teman suka menasihatkan...ambil serius dengan semua teguran dan kritikan...tidak semua juga boleh disapu di bawah permaidani.

Oleh itu DIALOG BERSAMA WAKIL RAKYAT ANDA pada 7hb. Februari 2009 ini (di Surau Ulul Azmi) adalah amat penting untuk menunjukkan kommitmen kedua2 belah pihak. Kerja mike ialah menyelesaikan masalah rakyat...OK?

Tsunami Adun Bota: UMNO Merah Padam

Oleh Kelulut@telokbakong.

Semalam 26hb penulis sempat pulang ke kampung halaman Telok Bakong untuk meninjau perkembangan pasca tsunami Adun Bota yang telah cross over kedalam Pakatan Rakyat dengan menyertai PKR.

Bagi kami di TBO tidak merasa apa - apa kehairanan kerana kami telah pun menyiarkan fakta tersebut pada pada Ahad 14.12.08 yang lepas hasil siasat orang kuat kami KTB dan MSINC .

Penulis telah meninjau para pengundi sekitar Dun BOTA dan membuat kaji selidik tentang pandangan mereka apabila bekas YB Umno sertai PKR keputusannya hampir 85 % setuju. wow ! hebatnya yob !.

Pada sebelah petangnya penulis bertemu pula dengan orang kuat PKR Telok Bakong saudara Zainal Aznam Mat Ganti .

Beliau mendedahkan bahawa kini keahlian PKR mencecah 100 orang lebih .Majoritinya adalah golongan muda ( AMK ) Syabas Bro ! Menurut maklumat terkini YB Nasarudin " direhatkan " sementara kerana bimbang gangguan daripada pihak ' Keris Karat' dan gerombolan "Dacing Senget ".


Kini para pencacai UMNO " kulu keyo " ( kehulu/kehilir ) menjaja bahawa YB BOTA itu masih bersama UMNO ( Aparaaa..??). Kini gelombang Tsunami Pakatan Rakyat semakin menganas UMNO terus terkulat - kulat, merah padam naik legam, ape nak dikate yob.....?

Mesyuarat 24 jam lah nampakny Angin yang membawa berita meniupkan bahawa ramai lagi ADUN BN akan berenang menuju daratan PAKATAN RAKYAT ..Tungoooooo.....


Kepada pejuang Pakatan Rakyat kuatkan semangat , banyakkan doa jangan terlalai dan berhati - hati dengan " anak - anak seluang " yang mencagut tahi .

Sekadar meminjam kata - kata Haji kapten (B) Usaili Alias ;

INGAT ALLAH , INGAT RAKYAT !
www.telokbakong.com

SPRM akan seret isteri VVIP kemuka pengadilan ?

Oleh kelulut@telokbakong.com

Belum pun reda isu lompat parti dan kes kematian Kugan kini timbul suatu lagi kisah panas .Akhir akhir ini SPRM nampak serius menahan dan menyiasat beberapa orang pemimpin politik termasuk dari kalangan Parti UMNO khasnya .

Setelah di 'rebranding ' dulunya dikenali sebagai BPR kini nampak lebih garang menjalankan tugas. Desas desus mengatakan bahwa akan ada peristiwa besar akan berlaku didalam dua hingga tiga minggu ini .Yang mendakwa SPRM akan melakukan siasat terhadap seorang isteri VVIP yang sedang 'ngetop'.


Menurut sumber yang belum dapat disahkan 100% .walau bagaimana pun pihak kami masih menanti sebarang reaksi dari pihak yang terbabit . Jika benar dakwaan tersebut , bencana bertimpa kehancuran mereka akan lebih segera berkubur . www.telokbakong.com

http://www.telokbakong.blogspot.com/

Laporan Polis Terhadap Penyelewengan Felda

Satu laporan polis akan dibuat berikutan beberapa penyelewengan FELDA berdasar maklumat berikut :

Tarikh : 29 Januari 2009
Masa : 11.30am
Tempat : Balai Polis Central, Johor Bahru.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyeru kepada semua pendokong/penyokong Pakatan Rakyat agar dapat menghadirkan diri ke balai polis tersebut bagi memberi sokongan moral.


Dicatat Oleh Suara Anak Muda Johor ke ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI JOHOR

Monday, January 26, 2009

Langkah ADUN Bota petanda awal 'gelombang wakil rakyat'?

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno, Datuk Nasarudin Hashim melompat Parti Keadilan Rakyat (PKR) , salah satu komponen Pakatan Rakyat, dilihat kemungkinan petanda awal "gelombang wakil rakyat" berbanding "gelombang rakyat" Mac lalu.

Jesteru, penganalisis politik berpendapat tindakan Nasarudin yang mengumumkan untuk menyertai Pakatan Rakyat kelmarin dilihat mungkin akan membuka jalan kepada wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut langkah beliau.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ghazali Mahyudin berkata, untuk menyifatkan tindakan melompat parti ini sebagai permulaan 'gelombang wakil rakyat' mungkin terlalu awal, namun ia tidak mustahil.

"Setakat ini, mungkin terlalu awal untuk meramalkan akan ada lagi wakil rakyat BN yang akan melompat ke pembangkang kerana pada masa ini baru ada seorang wakil rakyat BN yang menyertai pembangkang.

"Jika ada yang kedua (menyertai pembangkang), mungkin itu boleh dikatakan permulaan 'gelombang wakil rakyat' selepas berlakunya 'gelombang rakyat' pada pilihan raya umum, Mac lalu," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin seperti 'menunjuk jalan' kepada wakil rakyat BN lain yang mungkin sedang berkira-kira untuk menyertai pembangkang.

"Hal ini tidak mustahil akan berlaku kerana dalam Umno, ada banyak puak dan mungkin ada yang rasa mereka dipinggirkan lalu memikirkan perkara itu.

"Mungkin ada yang tidak puas hati kerana kalah dalam perebutan jawatan dan sebagainya.

"Mungkin mereka tidak menyatakannya tetapi dalam diam-diam, siapa tahu... seperti apa yang dilakukan Nasarudin," katanya.

Ghazali berkata, tindakan nekad tersebut mungkin diambil Nasarudin memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah dan mempunyai saingan yang semakin kuat.

"Jika Umno kuat dan parti lawan lemah, mungkin mereka akan berfikir dua kali untuk ke parti lawan tetapi oleh sebab Umno sedang lemah, maka mereka rasakan tidak ada guna bertahan dalam Umno.

"Kita tahu dalam politik, semua orang mahu menjaga kepentingan masing-masing dan istilah setiakawan adalah perkara terakhir yang diambil kira," katanya.

Beliau berkata, gabungan parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP yang semakin kuat sememangnya mampu menarik wakil rakyat BN menyertai mereka.

"Selepas menang di lima negeri pada pilihan raya umum Mac lalu, mereka juga telah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan jika tidak menang pun pada pilihan raya Sarawak yang akan datang, mereka mungkin berjaya menambah kerusi," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Sains Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman juga berpendapat, tindakan Nasarudin itu akan menarik wakil rakyat BN yang lain untuk mengikut jejak langkah beliau.

"Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ia akan menjadi bola salji yang semakin lama semakin besar... semakin lama, semakin ramai pula yang akan bertindak demikian.

"Mungkin pada masa ini, ada yang sedang tunggu dan lihat dan tindakan ADUN Bota ini menyebabkan mereka semakin berani," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin sebagai wakil rakyat Umno menyertai PKR sememangnya sesuatu yang mengejutkan memandangkan ahli-ahli Umno mempunyai disiplin yang kuat dan patuh kepada arahan parti.

"Walaupun beliau adalah ADUN, bukan ahli Parlimen tetapi tindakan beliau sebagai seorang pemimpin daripada Umno sememangnya mengejutkan.

"Kita tidak jangka 'lompat parti' ini akan berlaku di kalangan ahli Umno yang kuat disiplinnya dan sering mengikut arahan parti. Kita jangka mungkin wakil rakyat dari Sabah atau Sarawak," katanya.

Beliau berkata, tindakan Nasarudin itu bagaimanapun merupakan langkah 'selamat' kerana Perak kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, beliau percaya, kekalahan Nasarudin merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Parit baru-baru ini menjadi penyumbang utama kepada tindakannya menyertai PKR.

"Walaupun beliau ADUN, jawatan Ketua Bahagian penting kerana saluran dana kerajaan pusat untuk membantu rakyat akan disalurkan kepada Ketua Bahagian.

"Mungkin kekalahannya itu menyebabkan beliau tidak berpuas hati dan merasakan telah hilang pengaruh," katanya.

Justeru katanya, BN sebagai parti pemerintah perlu mengkaji semula pengagihan dana ini yang bukan sahaja hanya diserahkan kepada Ketua Bahagian tetapi juga kepada ADUNnya.

Katanya, wakil-wakil rakyat Umno sepatutnya mempunyai semangat setiakawan yang kuat dan berjiwa Umno jika tidak mahu perkara ini terus berulang.

"Jangan kerana nyamuk seekor, habis kelambu dibakar," katanya.

KT tanda jelas politik perkauman berkubur

Oleh cheguBar

Nampaknya Umno-Bn seolah tidak memahami politik perkauman sudah hampir tidak laku lagi di negara ini. Dalam Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008 yang lalu dengan jelas politik perkauman telah terkubu. Kekalahan calon Bn ialah kerana rakyat sudah tidak lagi rasa tertarik untuk menari bersama dendangan lagu politik perkauman (lagu biasa) yang dimainkan oleh Umno-Bn lagi.

Pengundi lebih tertarik dengan isu korupsi, salah guna kuasa, agihan ekonomi yang tidak adil dan harapan baru buat rakyat Malaysia.

Malangnya Umno-Bn seperti biasa memekakan diri (pekak) dan gagal memahami. Selepas tewas banyak kerusi dalam PRU ke 12 lagu perkauman makin kuat dimainkan. Tiba - tiba 'ketuanan Melayu digendangkan'. Kononya hasil dari keputusan PRU 12 Melayu hilang kuasa. Pelik yang banyak kalah ialah kerusi GERAKAN, Mic dan Mca kenapa pula Melayu yang dikatakan hilang kuasa ? Apakah hilang kuasa Melayu apabila kemenangan Dr. Siti Mariah menewaskan calon Mic disambut oleh kaum India sebagai kemenangan Rakyat di Kota Raja ? Apakah hilang kuasa Melayu apabila kemenangan Datuk Kamarul Baharin dan Tan Sri Khalid disambut meriah oleh perbagai kaum sebagai kemenangan rakyat di kerusi tradisi Mic dan Mca di Teluk Kemang dan Bandar Tun Razak ?

Sepatutnya inilah masa jika Umno mahu membincangkan persoalan kekuatan Melayu. Sebaliknya tidak Umno terus mempergiatkan usaha memsabotaj orang Melayu. Ramai yang ditukar kerja, diganggu perniagaan malah bukti jelas seorang AJK keADILan Rembau tidak mendapat pinjaman TEKUN sedangkan dia layak kecuali dia keluar dari keADILan.

Pilihanraya kecil Permatang Pauh menyaksikan Umno menggunakan taktik 'buang undi bukan Melayu dan raih setinggi mungkin undi Melayu'. Taktik ini telah menyebabkan api perkauman Melayu dibakar sepenuhnya. Anwar seharusnya dilabelkan penjual tanah air kepada Cina supaya di tolak Melayu. Melayu Pulau Pinang seharusnya diberikan persepsi betapa Melayu sudah tergadai haknya di negeri yang diperintah DAP walaupun baru beberapa bulan.

Antara tuduhannya ialah Anwar menyerahkan kerusi ketua Menteri kepada cina DAP dan mengkhianati Melayu. Pelik dengan tuduhan ini kerana sebelum Lim Guan Eng , Koh Tsu Kon juga sememangnya bukan Melayu, ternyata Umno bangkrap idea. Pakatan Rakyat menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada Lim Guan Eng (DAP) kerana DAP mendapat majoriti kerusi dalam DUN Pulau Pinang hasil PRU 12 lalu. Itu konsep asas demokrasi menggambarkan pilihan rakyat Pulau Pinang. Malangnya Umno menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada GERAKAN ketika kerusi yang Umno miliki dalam DUN Pulau Pinang melebihi kerusi GERAKAN. Jika Umno mengatakan penyerahan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada bukan Melayu sebagai pengkhianatan kepada Melayu maka Umnolah pengkhianat Melayu Pulau Pinang.

Kempen perkauman melampau Umno di Permatang Pauh ini juga membenarkan seorang Ketua Umno Bahagian (Bukit Bendera) berucap dengan menghina serta membakar sentimen perkauman dengan mengatakan jangan beri peluang kepada orang cina kerana mereka kaum pendatang. Ucapan ini telah disokong oleh ramai kepimpinan Umno termasuk Umno Kepala Batas yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia. Selepas perkara ini kecoh GERAKAN telah membuat bantahan seperti biasa Umno akan ketakutan dan akhirnya Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera yang melaksanakan taktik 'buang undi bukan Melayu raih undi Melayu sebanyak mungkin' di Permatang Pauh digantung. Namun walaupun digantung dia masih menjadi penasihat Umno Bahagiannya.

Hasil dari taktik perkauman Umno bukan sahaja bukan Melayu menolak Umno - Bn tetapi Melayu Permatang Pauh juga menolak Umno Bn dengan memberikan kemenangan majoriti besar kepada Anwar Ibrahim.

Mungkin belajar dari taktik yang salah akhirnya jentera Umno - Bn di bawah Najib Tun Razak telah hadir di Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dengan taktik yang sedikit berbeza. Tumpuan khusus telah diberikan kepada pengundi bukan Melayu. walaupun begitu Umno masih tidak boleh memainkan peranan di peti undi bukan Melayu. Berbeza dengan PAKATAN ketiga - tiga parti mampu memainkan peranan besar di peti undi bukan Melayu. DAP menurunkan hampir keseluruhan kepimpinanya, PAS melalui Kelab Penyokong PAS dan keADILan berkampung sehinggakan YB Chai Tong Chai (ADUN keADILan Chua, N.Sembilan sudah ada keluarga angkat di Kampung Cina). Mungkin tertekan dengan itu bukan sahaja Najib malah Abdullah Badawi sendiri terpaksa turun lebih dari sekali menemui masyarakat cina dan bukan Melayu di Kuala Terengganu.

Ingin juga berkongsi di sini ketika bersama berkempen di sebuah kawasan bukan Melayu, che'GuBard ditegur oleh seorang pengundi berbangsa cina dengan mengatakan "bagi I Hudud ok maa.... sapa curi potong tangan...apasal takut...kalau takut jangan curi maaa..."

Terlalu banyak tumpuan jentera Bn terpaksa ditabur kepada pengundi bukan Melayu untuk mengimbangi kempen Pakatan Rakyat. Dalam satu siri kempen menggunakan nama Jabatan Perpaduan dibuat konsert dan ada cabutan bertuah termasuk memberikan motosikal percuma. Najib dalam satu ucapanya 'kemuncaknya' depan masyarakat cina terpaksa menyatakan dia juga membaca buku Sun Tzu The Art of War untuk memahami masyarakat cina. Malak paling lawak Najib menyatakan Tun Razak ialah orang yang pergi ke Negeri China untuk membuat hubungan diplomatik dengan negara cina. Tun Razak memahami orang cina dan maka selaku anak Tun Razak maka dia juga amat memahami orang cina. Kita tidak menafikan mungkin Tun Razak seorang pemimpin yang memahami orang cina tetapi belum tentu anaknya faham kehendak dan masalah masyarakat cina di Malaysia tetapi kalau memahami orang Monggolia mungkin.

Malangnya kempen Umno secara sederhana ini hanya melibatkan jentera rasmi mereka tetapi malangnya jentera tidak rasmi mereka tetap meneruskan kempen perkauman jahat. Bukan sedikit risalah ditaburkan bertujuan membakar sentimen perkauman.

Di jumpai di kawasan Cina 'surat terbuka' merayu undi masyarakat cina kepada Bn kerana jika Pas menang maka makin dekatlah Malaysia dengan undang - undang hudud. Dalam surat terbuka yang berbahasa Cina ini dengan jelas menyebut Hudud ialah undang undang kuno yang dibuat ketika mula Islam dicipta zaman arab kuno dahulu. Sokongan harus diberi kepada Pemimpin Bn yang berjaya mencipta Islam Hadhari iaitu Islam moden yang lebih liberal. Anwar dan PAS dilabel sebagai ekstrimis Islam dan Melayu jika berkuasa akan menindas bukan Melayu.

Malangnya dalam pada masa yang sama di kawasan Melayu bertaburan risalah mengatakan PAS dan Anwar serta keADILan menjual Melayu kepada DAP. Malah secara berani seorang penceramah Umno Perak Hamdan Taha dengan jelas mengatakan orang Melayu harus tolak PAS kerana Menteri Besar PAS Perak beri tanah kepada cina komunis.

Apa salahnya memberikan hak milik tanah kepada keluarga masyarakat cina. tanah yang diberikan hanya sekangkang kera tapak rumah yang sudah di diami lebih lima puluh tahun ? Jika hendak dibezakan dengan anugerah tanah dan membenarkan rompakan wang rakyat oleh kroni seperti Ting Penk King, Ananda Krishna, Vincent Tan ataupun Patrick Lim yang menjadi amat-amat kaya hasil 'rompakan halal' di Terengganu.

Di kawasan Melayu PAS di label 'kluk klek' kerana tidak laksana hudud tetapi di tempat cina diajak tolak Pas kerana nak laksana hudud.... maka siapa yang 'kluk klek'...?


Majalah tajaan Umno dibawah seliaan Umno-Reform.com
turut bersepah di K.Terengganu


Turut dijumpai taburan percuma Majalah Suara Baru terbitan sebuah syarikat kepunyaan ahli MKT Umno. Berapa yang dihabiskan apabila ribuan majalah berharga RM6.00 senaskah ini ditabur percuma di Kuala Terengganu ? Majalah ini penuh dengan sentimen dan hasutan perkauman. Malah di kulit belakang majalah ini tertera sajak yang memberikan 'lensa' agar orang Melayu melihat kaum cina sebagai warisan kongsi gelap yang jahat dan sentiasa hendak merampas hak Melayu. Setelah diselidiki tidak hairan kerana ketua editor majalah ini ialah pengendali laman web Umno-Reform.com sebuah laman milik Umno yang sentiasa berusaha membakar sentimen perkauman.

Dalam bab rasuah juga masih tidak dikurangkan. Itu yang peliknya Umno Bn ini dalam pada ketika kononya perangi politik wang dalam pemilihan Umno tetapi sebaliknya ketika dalam Pilihanraya mereka menggunakan wang untuk meraih undi. Bukan sahaja pengundi wartawan juga dapat 'ang pow' dari jentera Bn kali ini. sila klik sini untuk baca lanjut


salinan laporan Polis yang dibuat seorang wartawan
selepas menerima 'Ang Pow' dari jentera Bn


Bukan sedikit yang ditaburkan di Kuala Terengganu semua Menteri Kabinet dan Menteri Besar turun untuk memastikan kemenangan Bn dengan mengelirukan rakyat. Bukan sedikit tohmahan dan dakyah bertaburan. Bekas ahli komponen Pakatan Rakyat juga digunakan sepenuhnya. Dari isu perkauman, hudud, tuduhan gabungan goyah hinggalah kepada isu Anwar agen Amerika penjual Melayu semua telah digunakan oleh Bn. Hasilnya Wahid Endut menang dengan lebih besar dari majoriti Bn masa PRU ke 12.

Pilihanraya ini seharusnya memberikan Pakatan pengajaran bahawa betapa pentingnya berpakat demi kepentingan rakyat. Isu remeh harus diketepikan. Kepada Bn ia isyarat bercampur adakah ia penolakan calon yang terkenal sebagai Kroni KJ-AAB atau penolakan terhadap Najib yang turut menjadi bahan uatam kempen ? tetapi apa yang pasti ialah politik perkauman telah makin dekat kuburanya di Malaysia ini.

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily