Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Sunday, January 18, 2009

Menang Sorak keliling Bandar

Oleh Dunia Tiger

Ramai yang bertanya kepada saya mengapa BN kalah.

Ramai juga yang memberikan faktor menyumbang kepada kekalahan BN khasnya UMNO.

Bagi saya, mereka mempunyai jawapan tersendiri. Jawapan itu bergantung di tahap mana kedudukan mereka sama ada sebagai petugas parti, pemerhati, pengkaji dan penganalisis politik, mereka yang cari makan, pelobi politik, pencacai, pemimpin tulen ataupun "pengarah" kempen tidak rasmi.


Oleh itu tidak hairanlah alasan seperti berikut diutarakan:

1. Penyokong BN tidak keluar mengundi.
2. Jentera parti tidak bergerak berbanding lawan.
3. Faktor calon berbanding calon lawan.
4. Penolakan penduduk Terengganu kepada projek besar.
5. Kemelut ekonomi yang memberi tempias kepada negara.
6. Kemelut politik dalaman UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
7. Kekecewaan penyokong arwah Dato' Razali Ismail - beliau diketepikan. Tidak terpilih menjadi G7. Betul ke?
8. Ada pemimpin yang datang ke KT tetapi sebagai pelawat. Ada juga yang bermain golf di Ibai Golf Kelab. Salah ke? Mungkin ketika waktu berehat kot.
9. Ada pemimpin yang hisap cigar di lobi hotel seolah-olah tidak memperdulikan orang yang lalu lalang di lobi hotel. Salah ke?. Berlagak ke? Saya pun hisap cigar. Tetapi yang dibeli pada harga murah di Langkawi. Itupun isteri tolong beli. Ada orang kata saya hisap curut. Curut pun curutlah. Itu yang sesuai dihisap selain gudang garam.
10. Ceramah lawan yang menambat hati.
11. Propaganda lawan yang menjadi.
12. Sikap penduduk KT semula jadi yang suka bertukar-tukar dalam pemilihan parti.
13. Faktor lain?

Posting Asal - N90 - 9.23 pagi (lapangan terbang sultan mahmud)

Tahniah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut.

Sesungguhnya itulah pilihan pengundi KT yang mengetahui apa yang terbaik untuk mereka.

Malam tadi mereka bersorak keliling bandar merayakan kemenangan calon kesayangan.

Tahu ke apa yang disorakkan?


4 comments:

  1. Bang Munawir...sila bagi komen..

    ReplyDelete
  2. Munawir sedang fikir nak bagi komen apa.
    Saya pasti komen dia macam Mahathir Kutik punya komen.
    Membebel aje Mahathir Kutik.

    ReplyDelete
  3. Antara faktor kekalahan BN ialah TV3, Utusan Melayu..

    ReplyDelete
  4. Mengapa BN kalah? UMNO/BN kalah kerana sudah sepatutnya mereka kalah. Sudah berdekad-dekad mereka beraja di mata bersultan dihati mengaut kekayaan untuk diri dan kroni. Mata mereka dah rabun sampai tak kenal batu sempadan antara halal dan haram, antara hak orang dengan hak sendiri.

    Tetapi awas, jangan harap sangat mereka akan berubah. Sifat malu dan rasa bersalah memang tidak wujud dalam kamus puak-puak ni.

    ReplyDelete

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily