Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Saturday, October 22, 2016
BERSIH Di Kuala Selangor Hambar
Majlis minum petang bersama BERSIH yang dirancang seakan kenduri kampung di Kampung Permatang, Kuala Selangor semalam kelihatan hambar apabila tiada orang kampung datang memeriahkannya.
Sebaliknya, ahli politik - termasuk dua ahli PKR dan dua wakil rakyat parti itu - menyertai aktivis berbaju kuning dan hanya memberi ucapan sesama sendiri dalam program hampir dua jam itu.
Majlis di halaman rumah seorang ahli PKR tempatan itu merupakan hentian pertama konvoi BERSIH dari Sekinchan ke Kuala Selangor.
Beberapa aktivis yang hadir turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Malaysiakini tentang atur cara konvoi yang disusun oleh majlis penyelaras tempatan.
Di mata mereka, kenduri minum petang tersebut sudah 'dirampas' oleh ahli politik.
Walaupun kurang mendapat sambutan penduduk tempatan, namun BERSIH sebenarnya berjaya menarik perhatian ramai di peringkat nasional apabila mereka kemudian disambut 'meriah' oleh pihak lawan ketika mengedar risalah di beberapa lokasi di Kuala Selangor.
Tak jadi masalah
Sama seperti penyudah konvoi BERSIH dari Teluk Intan ke Sabak Bernam minggu lepas yang diwarnai aksi 'silat' dan 'pengagihan bunga telur', keghairahan menyambut rombongan kuning semalam memang ketara.
Justeru pihak lawan BERSIH memegang 'mesra' bukan saja anggota rombongan berbaju kuning, malah wartawan yang menjalankan tugas membuat laporan.
Tanpa sambutan mereka - yang minggu ini tidak berbaju merah - sudah tentu liputan konvoi tersebut sehambar kenduri minum petang di Kampung Permatang.
Konvoi BERSIH di Pulau Pinang, Kelantan, Johor dan Sabah semalam sebagai contoh, tidak dapat perhatian meluas apa pun kerana tiada insiden dilaporkan.
Namun bagi Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifa liputan yang diberi kepada BERSIH akibat campur tangan pihak lawan tidak menjadi masalah.
"Kalau lihat dari sudut berbeza kami dapat lebih banyak liputan berbanding BERSIH kerana BERSIH tak dapat sokongan," kata Armand Azha kepada Malaysiakini.
Armand Azha adalah seorang daripada individu yang hadir - tetapi tidak terlibat dengan 'sambutan' - semalam.
Beliau juga berpendapat sama ada BERSIH mendapat simpati atau tidak, ia terpulang kepada individu.
Konvoi BERSIH yang sedang diadakan setiap hujung minggu bertujuan meraih sokongan untuk himpunan BERSIH 5 pada 19 November ini di Kuala Lumpur.
Ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, sudah bertekad untuk adakan himpunan bantahan pada hari yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel Bulan Ini
-
▼
2016
(130)
-
▼
October
(113)
-
▼
Oct 22
(13)
- Cadangan Pembuli Digantung Sekolah Setahun - Mahdzir
- Politik parti parti pembangkang semakin kelakar!
- Ijitima tarbawi (Pemuda/i) di Melaka
- DAP, PKR harus insaf pemikiran politik Sabah dan S...
- PAS tak rugi jika Akta 355 ditolak - Hashim Jasin
- BERSIH Di Kuala Selangor Hambar
- Boleh Percaya? Kelantan dapat royalti jika…
- Ingatkan Zaid Ibrahim dah taubat tapi rupanya toba...
- Tergelak sendiri bia baca tulisan MSO!
- Bihun cap Terung Tiada Pengesahan Sijil Halal
- Kempen Tukar Solat Jumaat Ke Hari Sabtu Mula di Ja...
- Guna Tali Je Jump Start Kereta Kalau Tak Ada Jumper
- 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas…
-
▼
Oct 22
(13)
-
▼
October
(113)
No comments:
Post a Comment