
Assalamualaikum,,, Dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan BN, parti parti pembangkang dikatakan perlu bersatu dan untuk bersatu mereka perlukan PAS.Jadi nampaknya usaha untuk menarik PAS ke dalam kesatuan pembangkang diperhebatkan dan dalam kehebatan usaha usaha yang diambil pembangkang untuk membawa PAS ke dalam pakatan pembangkang, tanpa sedar atau memang disengajakan, timbul perkara yang kelakar dan semakin hari semakin kelakar.
Sebabnya, sambutan dingin PAS kepada pelawaan untuk berpakat.ditambah pula kepada kebimbangan kepada kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno atau bakal menandatangani MOU bersama Umno untuk menghadapi PRU akan datang,barangkali.
Yang kelakarnya antaranya ialah kenyataan Mat Sabu presiden PANgang yang berkata akan terus memujuk PAS untuk bersetuju berpakat dengan pembangkang.Ketakutan cuba diwar warkan kepada PAS kepada pertanding 3 penjuru yang mungkin akan membawa kemenangan mudah BN dalam PRU, tetapi Mat Sabu gelabah habis memikirkan kemungkinan pertandingan 3 penjuru tidak akan berlaku seandainya ada MOU bersama antara PAS dan Umno pada ketika Bersatu dan parti pembangkang lain sudah bersedia untuk tidak bertanding menentang satu sama lain.
Itulah yang menjadi kebimbangan pembangkang sekarang ini sehingga terbaru plot raja lawak diteruskan Mahathir.Dia mendakwa Kelantan akan dapat royalti kalau pembangkang menang sedangkan ketika PRU 13 dulu DSAI pernah berjanji untuk memulangkan royalti kepada negeri dengan peratusan yang ditambah kalau PR menang PRU 13 dulu.
Sekarang Mahathir mengulangi janji yang sama pada ketika semua faham kedudukan royalti sekarang.Kelantan dinafikan royalti minyak, siapa punya kerja, Mahathir jugak kan? sekarang Mahathir janji untuk memulangkan royalti sesudah dia yang memulakan episod royalti dengan negri negri yang dimenangi pembangkang.Bukankah itu kelakar?
PAS tetap melihat PANgang sebagai pengkianatan, jadi bagaiman PAS nak bekerjasama dengan pengkianat? Inilah yang dipekakkan oleh Mat Sabu dan lain lain pemimpin PANgang.PAS sudah jelas pendiriannya, tidak akan bekerjasama dengan pengkianat tapi PANgang buat pekak badak.PAS sudah jelas dengan prinsipnya dan menyampaikan mesej jelas bahawa sesiapa yang nak berkerjasama dengan PAS mesti menghormati dan mengutamakan Islam, bukan mengutamakan keselamatan.Tapi parti parti pembangkang lain buat pekak badak juga dan masih mengutamakan keselamatan.
No comments:
Post a Comment