Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, October 22, 2016

Boleh Percaya? Kelantan dapat royalti jika…




KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan Kelantan hanya boleh menikmati hasil royalti minyak yang diperjuangkan selama ini sekiranya pembangkang menguasai Pusat.

Berucap dalam ceramah umun di Tunjung semalam, Penasihat  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, sekiranya  kerajaan pusat gagal dikuasai, mereka yang menuntut hanya boleh 'memekik' dari luar tanpa mendapat ihsan daripada kerajaan pusat.

“Saya dengar kenyataan (Datuk) Husam mengenai royalti, saya tahu perasaan orang Kelantan, Terengganu,  Sabah dan Sarawak, selagi kita berada dalam parti lawan, orang kita hanya boleh menjerit  dan mereka (kerajaan pusat) pekak, kalau nak buat sesuatu, kita kena ada dalam kerajaan Malaysia, bukan kerajaan kelantan saja," ucapnya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Ceramah tersebut dianjurkan bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Zaid Ibrahim yang  dihadiri Penasihat Parti Amanah Kelantan,  Datuk Husam Musa dan Pengerusi PKR Negeri, Aziz Kadir.

Ucapan Tun Mahathir mengenai isu royalti menarik perhatian kerana beliau didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri.

Berucap di majlis itu, Tun Mahathir menjelaskan semasa mengetuai BN, faktor memudahkan kerja beliau adalah sikap pembangkang  yang tidak bersatu sekaligus menjadi penyebab utama BN tidak mampu ditewaskan sejak 60 tahun yang lalu.

“Selama saya memimpin kerajaan BN , saya selalu menang,  bukan kerana kita menang,  tetapi parti lawan kalah.

"Mereka berpecah, selagi tak menang, selagi itu dasar dan tuntutan tidak dapat dihasilkan, hanya dapat mendirikan kerajaan  pusat kita dapat apa yang kita mahu  termasuk dalam tuntutan royalti,

“BN menang kerana mereka guna satu simbol sahaja, satu menisfesto dan yang paling  utama satu calon dan semua 14 parti sokong calon itu,  dengan  cara  itu mereka mendapat undi terbanyak,” katanya.

Justeru itu, bekas Presiden Umno itu mengesa parti pembangkang supaya bersatu  dan perlu membuat pengorbanan termasuk melihat kembali  dasar dan hasrat yang diperjuangkan.

“Selama ini (pembangkang) menang di peringkat negeri termasuk  di Kelantan Terenggangu,  Pulau Pinang  dan  Sabah tetapi semua perlu bergantung kepada pusat, kalau kita jadi kerajaan pusat, kita tidak perlu  minta orang lain, kita minta kepada diri(kumpulan) kita,  takkan kita tak bagi.

“Dalam politik tidak  semua berjaya, ada yang menang ada yang kalah, kalau nak menang,  kita kena korban  sedikit dasar dan hasrat  supaya kita dapat bersatu dan kuat,” katanya.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily