Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Saturday, October 08, 2016

Status Akademik Azizan: Universiti Gordon Tak Wujud?




BELUM reda lagi kontroversi membabitkan kelulusan pakar motivasi, Azizan Osman walaupun Syarikat Richworks yang diasaskan olehnya tampil memberikan penjelasan semalam.


Dalam kenyataan Richworks, pihaknya mengakui Azizan diperdaya oleh individu yang bukan mewakili Universiti Malaya selepas institusi itu menafikan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepadanya.


Di sebalik ‘kekusutan’ itu, Azizan dan syarikatnya tetap ‘bertegas’ mendedahkan bahawa beliau memiliki kelulusan doktor sains (metafizik) daripada Universiti Gordon, Bradenton, Florida, Amerika Syarikat sejak 2009.

Selain itu beliau dikatakan telah memenuhi semua syarat-syarat untuk Doktor Falsafah (Psikologi) dari Universiti Hertfordshire, United Kingdom serta konvokesyen Azizan dijangka berlangsung dalam masa yang terdekat.


Penjelasan berkenan menimbulkan tanda tanya apabila sebuah laman web yang menghasilkan sijil palsu secara dalam talian turut menyenaraikan Universiti Gordon.

Hanya dengan satu ‘klik’ sahaja, sesiapa sahaja boleh mendapatkan sijil daripada institusi dari seluruh negara dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas tempahan dibuat.

Antara negara yang tersenarai di halaman hadapan laman web ini adalah Australia, Kanada, Malaysia, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat dan banyak lagi.

Status Akademik Azizan: Universiti Gordon Tidak Wujud?

Pemerhatian Mynewshub di laman rasmi Universiti Gordon mendapati matlamat universiti berkenan adalah untuk menyediakan ‘pelajaran yang mampu milik’ untuk semua peringkat masyarakat.

Persoalannya, adakah ‘mampu milik’ yang dinyatakan membawa maksud ianya boleh dibeli? Walaupun ada yang menyatakan universiti ini adalah sah atau wujud tetapi ramai juga yang menyangkal kreadibilitinya.

Penelitian di laman rasmi universiti itu juga dilihat tidak mencerminkan sebuah institusi pengajian yang berprestij sehingga ada ragu-ragu apabila melihatnya, apatah lagi ada pihak mendakwa dirinya graduan universiti itu.

Lebih mengejutkan apabila layout laman universiti berkenaan adalah sama dengan Universiti Crown seperti yang didedahkan menerusi laman Facebook Pseudoscience Watch.

Melalui pelbagai forum luar negara, ramai yang berganggapan Universiti Gordon ini adalah sebuah instituisi yang tidak boleh dipercayai atau bogus.

Dan lebih menakutkan, ada syarikat di luar negara yang kerjanya hanya membuat replika sijil universiti terkenal luar negara antaranya University of Southampton, Salford University, University of Hertfordshire dan universiti terkenal seperti Oxford and Cambridge.

Status Akademik Azizan: Universiti Gordon Tak Wujud?

Difahamkan, hanya dengan kos 1,000 pound sterling (kira-kira RM5,000), seseorang itu sudah boleh layak menjadi Doktor Falsafah melalui pembelian sijil dalam talian sahaja.

Keraguan kelulusan pendidikan Azizan ini bukanlah perkara baru kerana ianya telah lama didedahkan sejak tiga tahun lalu, namun kali ini menjadi viral di laman sosial sehingga ada netizen menjadi ‘pegawai penyiasat’.

Perkongsian Adam Yahiya di laman Facebook Pseudoscience Watch mendedahkan tidak wujud langsung Universiti Gordon di Bradenton, Florida.

Universiti yang ada dengan nama Gordon hanyalah di Massachusetts (Gordon COllege), Georgia (Gordon State College) dan Robert Gordon University di Scotland.

Ini sudah terbukti, Universiti Gordon yang kononnya ‘melahirkan’ graduan bernama Azizan adalah tidak wujud dan sebuah institusi palsu.

Namun, kita tunggu sahaja penjelasan Azizan mengenai perkara ini yang menjadi topik bualan hangat di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily