Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, June 17, 2011

Inilah Jalan Para Ulama

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.


Saturday, December 25, 2010

Tarbiyyah zatiyyah

Bismillah. alhamdulillah hari ini dapat join qiamulallail dengan rakan2 naqibah yang lain sekali lagi dan kali ini lebih special dengan kehadiran Kak Aisyah dengan Kak Syaf. ni kali pertama ana bertemu dengan kakak2 ini. Mereka ini bukan calang2 orang, mereka wakil ISMA (ikatan seluruh Muslimin) untuk menganjurkan program bersama Nisa’ IYA Bangalore. kehadiran si comel hafsah (baby Kak Aisyah) turut menceriakan suasana.

*hafsah sangat active. masa kami bangun qiamullail, mata dia dah celik, terkadang merengek tapi selalu saja tersenyum dan tergelak. Alhamdulillah, zuriat kepada ibubapa yang mendukung syariat agama bakal membesar dengan jiwa seorang da’ie juga. InsyaAllah*

setelah selesai solat semuanya, kami mendengar tazkirah dari Kak Aisyah. Alhamdulillah, ana jadi pendengar yang duduk di barisan paling hadapan untuk menimba seberapa banyak ilmu yang hendak disampaikan~ tajuk tazkirah hari ini adalah tentang tarbiyyah zatiyyah. (secara istilahnya: tarbiyyah-pelajaran, zatiyyah-jati diri)

Sunday, November 21, 2010

Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya akan diraih (dicapai) dengan tarbiyyah

Hari ini isu tarbiyyah di sebut. Pasal ada beberapa menyebut Zaid Ibrahim tidak diberikan tarbiyyah di dalam PKR. Kita bercakap sedikit pasal tarbiyyah.

Ya, tarbiyyahlah yang (dengan izin Allah SWT) telah mengubah peribadi sahabat-sahabat awwalun dari segi kefahaman, Syu'ur (perasaan), ruh dan sikap hidup mereka. Mereka bukanlah pasukan manusia yang Allah SWT turunkan dari langit dengan segala kesempurnaan, sebaliknya sebahagian mereka adalah serpihan dari masyarakat jahiliyyah; yang sudah terbiasa dengan cara hidup kehaiwanan. Ada yang pernah membunuh anak perempuan hidup-hidup, biasa berjudi, membunuh dan sebagainya.



Saturday, November 20, 2010

Pemerkasaan Wasilah Tarbiyyah

Demi sesungguhnya, bahawa menyampaikan da’wah itu merupakan suatu kewajiban adalah suatu hakikat yang pasti seperti yang dituntut oleh Syara’.[1] Selanjutnya kita juga difahamkan bahawa pelaksanaan prinsip-prinsip da’wah itu dapat dilakukan melalui dua keadaan: secara fardiyy (perseorangan)[2] dan jama’iyy (berkumpulan/kolektif). Nas yang yang terkuat menunjukkan bahawa pelaksanaan da’wah secara jama’iyy adalah fardu ‘ayn yang mesti dilaksanakan oleh setiap ummat Islam sehingga tertegaknya Din dan Hakimiyyah Allah di atas muka bumi ini.


Aspek selanjutnya dalam da’wah ialah bagaimanakah sesuatu Jama’ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (tanzim) secara teratur[3] dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya. Kita juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama’ah Islam di dunia pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek pengurusan organisasinya. Berjaya-tidaknya sesuatu Jama’ah Islam amat bergantung kepada bagaimana pimpinan (Qiyadah) dan pengikutnya (Jundiyyah) mengendalikan penyusunan tanzim organisasi Jama’ah itu.

Syarat-syarat Amal Ma'ruf dan Nahi Mungkar

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah 

Pada bulan Oktober 2006, pernah berlaku pihak jabatan agama sebuah negeri telah menyerbu masuk bilik sebuah hotel atas laporan sedang berlakunya kes khalwat di dalamnya. Namun ternyata laporan tersebut adalah tidak tepat kerana yang ditemui adalah dua orang pelancong Mat Saleh dari Amerika Syarikat dalam lingkungan umur 60an.

Peristiwa ini tidak berhenti di situ. Pelancong tersebut telah membawa kes ini ke pihak atasan, termasuk kepada menteri pelancongan. Seterusnya peristiwa ini mendapat sambutan hangat daripada akhbar-akhbar tempatan berbahasa Inggeris, sekali gus membawa imej Islam yang sememangnya rendah ke tahap yang lebih rendah.


Menyentuh pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, umat Islam sememangnya terbahagi kepada dua titik ekstrim. Titik ekstrim pertama adalah mereka yang menelantarkan pelaksanaan amar ma’ruf dan nahi mungkar, sama ada kerana tidak tahu tentangnya, menganggap ia adalah urusan pemerintah semata-mata atau kerana terpengaruh kepada pemikiran hak asasi manusia (human rights) yang kini mula mendapat tempat sebagai agama terbaru dunia mutakhir.


Sunday, August 29, 2010

Akhlak & Sifat-sifat Seorang Pimpinan

1. Pemimpin mestilah dari orang yang mengharapkan akhirat, ikhlas kepada Allah, mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit-penyakit hati yang meruntuhkan amalan seperti riya’, tidak kasihkan pangkat dan jawatan, tidak berebut untuk jadi pemimpin atau sombong dan lain-lain.

2. Mempunyai akal yang waras, kebijaksanaan, pengalaman dan luas pemerhatian, berupaya mengalisa berbagai persoalan serta dapat memahami dan bertindak dengan baik terhadapnya. Ia mestilah bukan seorang yang kerap lupa (pelupa) atau tertutup pemikirannya.

Monday, August 23, 2010

Akhlak Dan Adab Dalam Berjemaah

Kemantapan sesebuah Harakah Islamiyyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.


Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjemaah. Akhalk dan adab berjemaah menjadi cerminan kepada sesebuah jamaah untuk dilihat baik dan sempurna yang mampu dicontohi oleh manusia-manusia yang lainnya. Akhlak inilah yang dipertontonkan oleh Rasulullah saw sebagai batu asas kepada kegiatan dakwah sehinggalah akhlak baginda dikagumi oleh musuh-musuhnya. Bagi meletakkan perjuangan ini diterima dan direstui oleh Allah swt serta mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

Tarbiyyah PAS – "Revolusi ke-2"

Untuk memastikan PAS terus berada pada landasan yang betul dan bertepatan dengan zaman, Kita mahu sistem tarbiyyah parti disemak semula secara menyeluruh dan segera untuk dikaji keberkesanannya terutama misi melahirkan kader-kader dan kepimpinan masa depan.

PAS memerlukan anjakan "Revolusi ke 2" dan keberanian untuk melahirkan kepimpinan parti yang menepati acuan perjuangan kita sendiri. Satu penilaian semula secara objektif terhadap elemen-elemen terpenting dalam jemaah seperti akhlak dan sahsiah kepimpinan, kerahsiaan parti, kekuatan ukhuwwah, wala’ terhadap kepimpinan dan disiplin serta pengurusan parti. Kita merasakan semacam terhakisnya elemen-elemen terpenting yang disebutkan tadi yang lambat laun menjadi api dalam sekam yang memusnahkan perjuangan kita.

Friday, January 01, 2010

Memasuki tahun 2010 dengan menanam azam

Pelbagai isu besar muncul sepanjang tahun 2009, tahun yang tidak jauh dramatiknya berbanding tahun sebelumnya, 2008, yang menyaksikan kemenangan besar parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum.

Tahun 2009 bermula dengan rakyat menyaksikan krisis di Perak apabila Umno dan Barisan Nasional merampas pemerintahan negeri Perak daripada PR melalui tindakan lompat parti tiga Adun PR, dua daripada PKR (Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu) dan satu DAP (Hee Yit Foong).

Tuesday, April 14, 2009

Arus Perjuangan Baru

Oleh Anwar Ibrahim

Terik matahari dan hari bekerja buat warga Bukit Selambau tidak menghalang mereka untuk menghadiri acara perasmian Pusat Khidmat Bukit Selambau. Hadir sama ialah YB Ahmad Kasim, YB Dato Rashid Din, YB Senator Zamry, Yb Gobala dan mantan naib presiden PPP Dato V. Nadarajan.

Majlis ini juga menyaksikan YB Manikumar melafazkan ikrar untuk berkhidmat demi rakyat tanpa mengira sempadan kaum, agama dan perbezaan fahaman politik. Arus perjuangan baru untuk bangsa sangat diperlukan di saat politik lama masih tegar dianuti oleh segelintir walaupun diberi bungkusan baru. Saya mengucapkan semoga berjaya kepada rakan-rakan yang masih bersama-sama dengan proses pembungkusan semula tersebut.

BONGKAR: Taktik Jahat UmNO-Bn

Oleh Hijat Panjang

Bongkar! UMNO cuba menggunakan taktik yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meraih kemenangan semula melalui penipuan.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara.


PANDANGAN YG JUJUR & TERUS-TERANG TERHADAP SUSUNAN KABINET BARU NAJIB

Dari seorang pengunjung blog The Scribe A.Kadir Jasin:

Dato:

Saya rasa Dato harus menghentikan usaha mem-propaganda-kan orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Tolonglah bercakap secara jujur dan terus-terang. Janganlah menjujung buta-buta axis Najib-Mahathir.

Soalan utama yang ingin saya kemukakan di sini: Siapa kata jemaah/kabinet Menteri Najib itu secara menyeluruhnya 'kecil' seperti kata Dato?

DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW, ARTIS PUN JOIN ISLAM

Oleh Dr Fikrah

Saya tertarik semenjak mendengar beberapa berita sejak kebelakangan ini, yang memaparkan beberapa orang artis Malaysia yang semakin tertarik dengan Islam. Antaranya seperti Siti Nurhaliza, Amy search, dan semalam baru sahaja ditambah dengan seorang lagi artis yang tertarik dengan dakwah PAS di Malaysia.

Sebelum ini saya pernah menulis artikel “Siti Nurhaliza : Orang Yang Tersesat Pasti Rindukan Kebenaran”…. Yang khusus saya tulis sempena lawatan Siti Nurhaliza di Pejabat Tok Guru Nik Aziz. Sebelum ini, Akil Hayy juga sudah menonjolkan satu contoh yang baik untuk dicontohi oleh artis-artis lain hari ini.

Muhyiddin suruh MIC tutup mulut

Oleh Amin Isakandar @ Black

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin meminta MIC agar tutup mulut. Ini adalah kerana parti berkenaan tidak berpuas hati dengan barisan kabinet baru yang diumumkan oleh Najib.

Sammy Vellu dikatakan marah kerana tidak dilantik sedangkan Koh Tsu Koon yang turut kalah dalam PRU 12 lalu dilantik untuk menganggotai kabinet.

Baca berita dari The Malaysian Insider dibawah:

Punca undi Melayu kepada PAS merosot

Oleh : tulahan

Dua tiga hari ini, media massa dan media maya memperkatakan tentang kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu di PRK Bukit Gantang. Pengarah JPN Perak Hj. Asmuni Awi memberitahu undi PAS merosot dari 47 % semasa PRU 12 kepada 43 % semasa PRK Bukit Gantang.

Hampir semua peti undi Melayu mencatatkan penurunan sokongan pengundi Melayu kecuali tiga UPU dalam DUN Kuala Sepetang iaitu Sg. Limau (Hujung Matang), Kg. Jaha dan Kg. Menteri.

Pelbagai alasan dikemukakan penganalisis politik semasa membincangkan isu ini. Penulis mengariskan tiga faktor yang menyebabkan kemerosotan undi Melayu kepada PAS. Hj. Asmuni menyatakan, daripada 2000 pengundi luar PAS hanya sekitar 700 orang sahaja yang balik mengundi.

Malik Dahului Maktar Sebagai Calon Timbalan KM 1 Pulau Pinang..??

Oleh Hijat Panjang

ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim, disebut-sebut sebagai timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut minggu lalu.

Abdul Malik dilihat sebagai calon pilihan kerana mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila ditugaskan sebagai exco perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna.

Beliau sebelum ini diberikan tugas hal-ehwal Islam yang dipegang Mohammad Fairus bagi "meringankan tugas" ADUN Penanti itu.

Hidden Dramas Hours Before Najib’s Swearing-in?

By Kim Quek on Anwar Ibrahim Blog.

Unusual occurrences on the day before Najib Razak’s swearing-in as prime minister have raised questions on the royal consent to his appointment. From the time Najib left the palace ground at 12.15 hrs on April 2, after an audience with the King, the nation was kept in darkness for seven hours as to whether the King had given his consent to Najib’s premiership.

It was not until 19.38 hrs that the first newsbreak came from Bernama stating that Chief Secretary to the Government Mohd Sidek Hassan announced that the King had given his consent to Najib’s appointment and that Najib would swear-in at 10.00 hrs the next day – which was the time previously circulated by the government. Was it not most extraordinary that the nation was kept in suspense for so many hours when the ceremony was only hours away? What was the reason for this big delay in announcement? Was there any problem with the royal consent?

Shadow Cabinet: The Time is NOW!!

Oleh Putera Batu

For all our hype we have yet to answer the main question from the Rakyat. "Are we able to lead the Federal Government?"

Many a time has the proposal been swept under the carpet, and many a time opportunities upon opportunities to show we can actually govern; goes unnecessarily down the drain.

Here we have 4 Pakatan States and we are struggling to maintain administration. We even had to deal with disciplinary issues which led directly to the fall of the Perak State Government.

Pakatan Rakyat: Kerajaan Persekutuan 2011?

Oleh PuteraBatu

Pada kurang daripada 5 tahun lepas UMNO dan BN memegang kuasa yang paling besar dalam sejarah negara dengan menguasai lebih daripada 90% kerusi Dewan Rakyat.

Tetapi sifat takabbur dan riak mula menjadi bibit-bibit perpecahan dan kehancuran UMNO dan BN.

Allah SWT telah berfirman, sekiranya kamu bersyukur maka akan aku tambahkan nikmatku, dan sekiranya kamu kufur, maka azabku amatlah pedih.

Kini keadaan sudah terbalik. Dahulunya UMNO dan BN mengekalkan sokongan golongan Melayu pada nisbah lebih kurang 50%, dan bergantung kepada sokongan padu golongan bukan Melayu; kini keadaan sudah berubah. Sekiranya warga Cina, India, Kadazan, Dayak dan warga Malaysia selain Melayu menyokong Pakatan Rakyat dan UMNO berterusan memperjuangkan Ketuanan Melayu, maka kekuasaan yang BN rasai dahulu akan berpindah kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.

Golongan muda yang lebih-kurang 100% mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya UMNO dimana UMNO memohon restu rakyat (tetapi tidak direstui) lebih memeritkan suasana.

Ahli akar umbi haruslah meningkatkan usaha menambahkan ahli untuk memastikan 'mood' berterusan hingga ke tarikh PEMILU yang akan datang. Bersiap-sedialah golongan Umarak Suuk seperti Hamid Albar yang akan merasakan peritnya ditahan dibawah ISA.

Harapan saya agar Abang Mat Sabu 'ditabalkan' sebagai Menteri Dalam Negeri dan berkuasa penuh untuk menuntut keADILan bagi tahanan yang dipisahkan daripada keluarga dan sanak saudara tanpa bukti empirik.

Telah saya katakan dalam posting saya sebelum ini bahawa teori RAHMAN akan berakhir dengan N; iaitu Najib Razak; dan dengan huruf itulah juga terbenamnya politik perkauman, tindas menindas dan politik ugutan.

Amin.


http://puterabatu.blogspot.com/

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily