Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Saturday, December 10, 2016
Berjemaah dengan akhlak
KEWAJIPAN berjemaah adalah perkara yang tidak disangsikan lagi oleh orang yang beriman, kerana Nabi Muhammad SAW telah berpesan dalam hadis riwayat Bukhari “Hendaklah kamu sekalian bersama jemaah” dan hadis riwayat Nasa’i “Sesungguhnya rahmat Allah bersama jemaah. Sesungguhnya syaitan berlari bersama orang yang memisahkan diri dari jemaah.” Jemaah yang benar itu adalah yang berpegang dengan dasar Islam dan bekerja untuk menegakkan Islam berlandaskan al-Quran dan Sunnah.
Apakah kewajipan berjemaah hanya sekadar wajib berjemaah sahaja? Atau wajib juga kita mengikuti disiplin atau adab-adab dalam berjemaah. Apakah rupa bentuk akhlak orang yang berjemaah dan bagaimana adab berjemaah yang sebenar? Perkara ini sangat penting untuk dihalusi oleh setiap ahli PAS ketika kita mula melihat keadaan akhlak sesetengah ahli PAS mulai kritikal sekarang ini. Konflik akhlak dalam berjemaah akan membuka ruang kepada syaitan untuk menjarakkan ahli-ahli dari jemaah.
Ada ahli yang mengkritik keputusan jemaah kerana pandangan politiknya mengatasi pertimbangan dakwah. Ada yang menolak pendirian jemaah kerana kezaliman itu difahami sebagai menindas rakyat, sedang perbuatan menolak syariat tidak pula dikatakan zalim. Ada pula di kalangan pimpinan bertindak dengan tindakan yang merugikan jemaah, tetapi memberi alasan sebagai tindakan peribadi. Di kalangan ahli-ahli pula ramai yang menganggap mematuhi arahan jemaah, menghadiri program dan melaksanakan amanah adalah pilihan, bukan kewajipan.
PAS sebagai sebuah jemaah Islam yang tertua dan terbesar di Malaysia telah memiliki lebih sejuta ahli yang mempunyai pelbagai latar belakang. Apakah yang boleh mengikat dan menyatukan kepelbagaian ini? Ia adalah akhlak berjemaah. Setiap ahli PAS terikat dengan adab dan disiplin supaya seluruh fikiran dan tindakan ahli PAS dapat diselaraskan, sehingga tercapai tujuan-tujuan perjuangan PAS. Ketika Syaidina Ali bin Ali Talib KWJ menyebut tentang perjuangan yang benar tanpa nizam (sistem) akan ditewaskan oleh kebatilan yang bersistem, sudah pasti salah satu daripada nizamnya adalah akhlak.
Setiap ahli PAS adalah bertanggungjawab meletakkan keikhlasan semata-mata kerana Allah sebagai teras perjuangannya. Dalam hadis Muttafaq Alaih, ketika menjawab pertanyaan tentang perang di jalan Allah, Nabi SAW bersabda “Sesiapa yang berperang supaya Kalimah Allah (agama Islam) menjadi paling tinggi, dialah yang berperang di jalan Allah.” Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud, “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.”
Kedua, sikap husnu al-thiqah billah (bersangka baik kepada Allah), memohon pertolongan-Nya dan yakin dengan janji-Nya mesti ada dalam diri setiap pejuang Islam. Meyakini segala jaminan Allah serta janji-Nya untuk dunia dan akhirat akan meningkatkan taqwa sehingga tidak boleh dicabar oleh ancaman musuh, sogokan, tawaran dan janji-janji dunia yang dibuat oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, sangat meyakini kemenangan dan pertolongan yang dijanjikan oleh Allah walaupun tidak tercapai oleh akal dan tidak terlihat oleh mata. Para Sahabat RA yang berhijrah hanya berpegang dengan janji Allah, walaupun Nabi SAW tidak memperlihatkan sebarang wawasan keduniaan daripada hijrah tersebut. Allah berfirman dalam surah al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud “Dan sesungguhya Allah pasti akan menolong orang-orang yang menolong agamanya. Allah Maha Kuat lagi Tiada Tandingan.”
Dan ketiga, menjadi kewajipan bagi setiap pejuang Islam untuk istiqamah di atas jalan yang benar, yakni jalan al-Quran dan Sunnah. Sikap berterusan dengan prinsip perjuangan dan beramal dengan tuntutannya, serta tidak terpesong atau cenderung ke arah perkara yang boleh menyelewengkan diri dari arus perjuangan, akan meletakkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan. Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 89 yang bermaksud “Allah berfirman: Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Musa dan Harun); oleh itu hendaklah kamu tetap istiqamah (menjalankan perintah-Ku seterusnya), dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui (peraturan janji-Ku).”
Tiga prinsip utama akhlak berjemaah ini, iaitu keikhlasan dalam perjuangan semata-mata kerana Allah, mempunyai sangkaan yang baik serta yakin dengan janji dan pertolongan Allah dan sentiasa istiqamah dalam perjuangan akan meletakkan seseorang pejuang Islam dalam keadaan yakin terhadap apa yang diperjuangkannya. Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang sentiasa bersulam dengan ujian dan cabaran daripada musuh. Bagaimana seorang pejuangan Islam menghadapi ujian yang berat dengan jayanya, sekiranya mereka tidak diikat dengan akhlak ini.
Tiga elemen asas inilah yang akan membentuk kesabaran dan kekuatan dalaman kepada setiap pejuang Islam dalam menghadapi ujian Allah. Cuba kita bayangkan bagaimana kisah kekecewaan Nabi Yunus AS yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-Qalam ayat 48-50, sehingga Allah telah memerintah kepada Nabi SAW supaya bersabar dengan menghadapi ujian perjuangan. “Maka bersabarlah (wahai Muhammad) untuk menerima ketentuan Tuhanmu” (al-Qalam: 48). Maka dari tiga elemen akhlak ini nanti, barulah lahir tuntutan-tuntutan akhlak dalam amal jamaie. -
TUAN GURU HASHIM JASIN
HARAKAHDAILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment