Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Saturday, December 10, 2016
Orang Asli: Memahami agenda
SIAPA sangka buat pertama kalinya pelbagai kelompok musuh politik PAS di Kelantan dan di luar Kelantan sedang bergabung tenaga (secara langsung ataupun tidak langsung) melalui isu Orang Asal (OA) dan isu Pembalakan untuk sama-sama menyerang Kerajaan PAS di negeri itu.
Walaupun fungsi dan objektif mereka berbeza, kesepakatan yang berlaku mungkin terbentuk di atas satu matlamat yang sama, iaitu tidak mahu PAS memerintah lagi di negeri itu.
Kelihatan Datuk Husam bersama Orang Asal, kelihatan pemimpin PAN lain bersama pemimpin Parti Sosialis Malaysia(PSM), kelihatan pemimpin PSM bersama NGO PEKA, serta kelibat pemimpin NGO Himpunan Hijau bersama-sama mereka dan Orang Asal yang sempat kami petik dari beberapa koleksi gambar yang kini berada dalam simpanan kami.
Bukan kita tidak tahu NGO mana lagi yang terlibat. Dari Pulau Pinang pun ada.
Kenyataan Presiden Majlis Peguam Malaysia, WIRA PERKASA dan YAYASAN 1 MALAYSIA yang secara tiba-tiba muncul sehari dua ini juga semakin merancakkan serangan bertubi-tubi yang sudah sedia ada terhadap barisan pemimpin negeri dan parti semenjak bulan Mac lagi.
Belum diambil kira lagi kenyataan pemimpin Pakatan Harapan khususnya dari PKR di peringkat Pusat, DAP dan PAN serta kenyataan 2 Menteri dari UMNO/BN berkenaan permit pembalakan, tanah dan wilayah adat Orang Asal di Kelantan.
Kami tertanya-tanya juga, kenapa bersungguh-sungguh benar serangan bersepadu mereka terhadap PAS dan Kerajaan Negeri?
10 kemungkinan:
1. Adakah hanya kerana PRU Ke-14 yang dijangka semakin hampir?
2. Adakah kerana peluang pampasan daripada projek tebatan banjir yang akan melibatkan kawasan hutan yang didiami?
3. Adakah kerana tuntutan lama tanah dan wilayah adat Orang Asal yang sudah sekian lama tergantung dan tidak diiktiraf di sisi Undang-undang?
4. Adakah kerana industri pembalakan yang mahu ditutup terus tanpa mengambil kisah nasib 130,000 warga kerja yang bakal kehilangan satu-satunya punca pendapatan?
5. Adakah kerana dorongan marah dari kelompok yang kecewa, yang tidak kisah kembalinya Umno/BN untuk merampas kembali negeri yang dibina Almarhum Tok Guru? Asalkan PAS tidak lagi berkuasa.
6. Adakah kerana ingin mewujudkan ketidakstabilan sosio-ekonomi (hilangnya lebih 20% hasil pendapatan negeri) agar Rakyat bangkit untuk menghukum PAS dan Kerajaan Negeri?
7. Adakah kerana ingin memburukkan barisan kepimpinan baru PAS dan Kerajaan Negeri khususnya Ustaz Datuk MB yang kononnya zalim, menindas Rakyat, mencemari alam sekitar serta sudah menyimpang dari perjuangan Almarhum Tok Guru?
8. Adakah kerana bantuan sokongan tambahan tanpa perlu Umno/BN bekerja keras lagi seperti sebelumnya?
9. Adakah kerana ancaman dari gerak kerja dakwah Islam yang dibawa PAS termasuk sikap kelompok tertentu yang mahu menyuburkan dasar liberalisma, sekularisma dan pluralisma sebagai dasar utama negara? ataupun
10. Kerana mahu gagalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) dan RUU355? lebih mudah lagi jika PAS tidak lagi memerintah di Negeri itu.
Walau apapun, Umno/BN tidak lagi berseorangan untuk merampas Kelantan agar kembali padanya.
Ketika PAS difitnah berUG dengan Umno/BN, rupa-rupanya mereka 'berUG' juga di negeri itu.
Insya-Allah saudara Huzir Sulaiman (SU LATAS Pusat) akan kupaskan lagi berkenaan isu Orang Asal dengan lebih terperinci dalam Siri 3 Memahami Agenda, khususnya sejarah perjuangan Orang Asal, tuntutan lama mereka, Akta yang berkaitan, Peranan JAKOA, Ratifikasi ILO Convention 169, Laporan UPR, Deklarasi Hak Orang Asal Sejagat(UNDRIP), isu perundangan dan polisi Negara, isu pembangunan, isu pendidikan, isu kemiskinan, isu agama dan lain-lain.
Dengan memahami 'projek serampang dua mata' ini, insya-Allah kita akan lebih memahami motif sebenar di sebalik tuduhan yang tidak berasas terhadap Kerajaan Negeri. – HARAKAHDAILY 9/12/2016
NAZMAN CHE IBRAHIM
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment