Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Saturday, December 10, 2016
Anak jantan Islam orang berani
SETIAP tempat sekrang, pada masa cuti panjang sekolah di mana-mana saja, ibu bapa Islam menyertakan anak laki-lakinya pada acara berkhatan beramai-ramai.
Tujuh lapan puluh tahun dulu khatan kegiatan sendiri, di rumah sendiri. Atau khatan itu disertai oleh dua tiga orang keluarga terdekat atau ditimbang anak jiran terdekat. Tetapi sekarang musim cuti Krismas orang Islam menganjurkan khatan beramai-ramai, bahkan ia menjadi kenduri atau pesta masyarakat di setiap lokaliti.
Atau secara senyap ibu bapa bawa anak ke hospital atau klinik, disunatkan di situ saja tanpa kenduri dan tidak melibatkan orang lain.
Tapi sekarang, ketika orang Kristian sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Natal, orang Islam sibuk menyusun program menyunatkan anak jantannya yang belum bersunat.
Ibu-ibu biasanya sangat sensitif, tak mahu anaknya luka menitiskan darah. Tetapi sekarang ibu gembira pula anaknya disunatkan, dan kalau anak itu takut, ibu memujuknya mengatakan tidak sakit, kalau sakit macam gigit semut saja.
Bersunat ini satu sunah mengikut Nabi Ibrahim. Bagindalah yang memulakannya. Ia diamalkan oleh umat Islam dan penganut Yahudi. Sampai sekarang Yahudi bersunat dan tidak pasti apa yang mereka buat.
Dulu-dulu ada anak-anak yang lari, tidak mahu disunatkan. Tetapi sekarang ini anak laki-laki yang belum sepuluhn tahun jika belum bersunat, mereka sendiri bertanya ibu bapa bila mereka hendak disunatkan. Pengaruh kawan-kawan sekolah yanag sudah bersunat menyebabkan yang tidak bersunat merasa dirinya ada kekurangan kalau tidak disunatkan.
Kebanyakan anak laki-laki sekarang mahu mereka disunatkan jika boleh seawal yang boleh. Idak ada lagi anak-anak yang takut unuk bersunat, bahkan ibu bapa menyertaikan anak-anak dalam sunat beramai-ramai atas kemahuan dan desakan anak-anak itu sendiri.
Jika bayi yang ibunya masih dalam pantang, baik laki-laki atau perempuan diakikahkan. Ada yang membawa bayi itu ke tempat penyembelihan supaya bayi melihat binatang akikah itu disembelih dan supaya bayi dapat melihat darah binatang yang ditumpahkan.
Dengan melihat darah itu diharapkan mendatang semangat kepadanya apabila besar dan dewasa nanti menjadi orang yang berani. Orang-orang yang berani tentunya bersedia menjadi tentera dan panglima perang.
Kemuliaan bagi seseorang manusia ia dapat menjadi pahlawan. Jika bayi yang baru lahir tidak tahu apa tentang erti darah, dengan melihat darah binatang akikah diharap dapat memupuk semangat menjadi pahlawan yan berani, maka semangat yang dapat ditanamkan kepada anak yang berkhatan itu dapat merangsang dalam hidupnya menjadai orang yang berani.
Maka bagi kanak-kanak laki-laki Islam keberadaannya dalam masyaraka manusia adalah untuk menjadi laki-laki yang berani yang kemudiannya menjadi pahlawan yang gagah berani mempertahankan kedaulatan Islam, negara dan bangsa.
Islam mahu umatnya jadi orang berani. Apabila semua kanak laki-laki menunjukkan keberanian, minta dia disunatkan seawal munkin, maka telah tersemai pada dirinya semangat keberanian. Ketika menjalani saat dikhatankan, dia beredepan dengan ujian keberanian. Dia berdepan dengan alat kelaminnya dipotong. Antaranya tidak mahu yang dipotong hak mana? Ada yang menyangka semua alat kelamin akan dipotong dan dia tidak ada alat kelamin lagi, tetapi mereka berani dengan ujian sekalipun selepas itu dia ditakdirkan tidak ada alat kelamin lagi.
Demikianlah ujian dan latihan yang ditempuh oleh anak jantan Islam untuk menjadi perwira yang berani untuk menegakkan agama dan ummah. Sunah Nabi Ibahim itu tidak sekadar satu penyucian tetapi persiapan menjadi pahlawan yang berani.
SUBKY LATIF
HARAKAHDAILY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment