Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Friday, August 04, 2017
Ada Kumpulan Sedang Rosakkan Pakatan Harapan Dari Dalam – Zanirun Baba
Jurucakap Gerakan Aktivis Harapan (GAH), Zanirun Baba mendedahkan sekarang sudah wujud kelompok parasit yang dipanggil sebagai ‘kartel’ yang sedang berkerja ke arah merosakkan Pakatan Harapan (PH).
“Ada sikap pemimpin Pakatan Harapan yang memperlihatkan sikapnya enggan memperkukuhkan Pakatan Harapan sehingga terbit kata nama ‘kartel’.
“Sekarang ini, GAH melihat adanya elemen-elemen yang akan dan telah pun merosakan Pakatan Harapan. Perkara ini dilihat bakal menjadi barah kepada Pakatan Harapan.
“Mereka (kelompok kartel) ini mahu menjadi tuan dan mahu mendominasi Pakatan Harapan.
“Mereka ini telah membentuk proksi sendiri bukan sahaja di Selangor malah di beberapa negeri dengan mengangkat diri sendiri dan berpura-pura mendakwa diri sebagai juara,” tegas Zanirun Baba dalam satu kenyataan kepada Malaysia Dateline.
Bercakap pada sidang media di ibu negara baru-baru ini, Zanirun mendakwa kelompok ‘kartel’ turut cuba membentuk persepsi kononnya pihak istana terbabit dalam mencampuri dan menghalang tindakan politik.
“Mereka ini juga sedang mewujudkan bayangan Perdana Menteri (PM) di kalangan mereka serta cuba membawa dakyah dan permusuhan antara komponen dalam Pakatan Harapan,” dedahnya.
Akibat sikap ‘kartel’ itu, jelasnya, masyarakat keliru terhadap sikap kepimpinan termasuk Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk melihat kerjasama yang kukuh di dalam Pakatan Harapan lebih-lebih lagi dalam kalangan pimpinan tertinggi.
“Lebih memalukan masyarakat mahu lihat tindakan lebih bermaruah oleh pemimpin sebegini,” ujarnya.
Walaupun Zanirun tidak menyebut nama namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Dalam hal berkaitan, Pulau Pinang menjadi negeri Pakatan Harapan pertama mengumumkan jawatankuasa gabungan itu di peringkat negeri yang dipengerusikan Ketua Menteri Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP, pada 27 Julai lalu.
“Penubuhan tersebut susulan daripada pengumuman struktur kepimpinan Majlis Tertinggi Pakatan Harapan dengan dipengerusikan Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi PPBM pada 13 Julai lalu.
“Bagaimanapun, Selangor setakat hari ini masih belum lagi mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan di peringkat negeri walaupun didesak komponen parti Pakatan Harapan.
“Bahkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 5 Julai lalu dilapor negeri berkenaan akan terus ditadbir Pakatan Rakyat yang dianggapnya masih wujud lantaran mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013,” lapor pro-PAN itu.
Sebelum ini, Zanirun dilaporkan Malaysia Dateline mendesak kepimpinan PH supaya memutuskan sebarang bentuk hubungan dengan mana-mana parti di luar gabungan keempat-empat parti itu.
Zanirun berkata, hubungan rasmi atau tidak rasmi dengan PAS tanpa mendapat persetujuan Majlis Presiden itu tidak harus wujud memandangkan parti Islam itu telah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
“Pakatan Rakyat (PR) telah pun terkubur. Tidak ada lagi kondisi bersetuju untuk tidak bersetuju di dalam Pakatan Harapan.
“Maka semua pimpinan termasuklah Menter Besar atau Ketua Menteri harus patuh kepada keputusan konsensus Pakatan Harapan,” tegasnya.
Menurutnya, etika Menteri Besar mahupun Ketua Menteri harus tidak mendahului keputusan parti dan Majlis Pakatan Harapan.
“Sebarang persembahan bagi urusan pentadbiran dalam hal-hal mempunyai kepentingan terhadap Harapan kepada DYMM Sultan Negeri-negeri atau Tuan Yang Terutama Negeri haruslah diiringi oleh Presiden dan Timbalan-timbalan Presiden Majlis Presiden Pakatan Harapan.
“Etika Menteri Besar mahupun Ketua Menteri yang membelakangi keputusan Majlis Presiden Harapan harus dikenakan tindakan di dalam parti masing-masing dengan segera,” katanya. - AIDCNews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment