Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, August 04, 2017

Muhyiddin Antara Calon Menteri Besar Johor Pakatan


KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub menafikan Pakatan Harapan cuma mencalonkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas pemerintahan negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Beliau yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan memaklumkan bukan hanya Aminolhuda dicalonkan, sebaliknya beliau dan beberapa pemimpin pembangkang lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dicalonkan menjadi Menteri Besar Johor.

“Adapun isu berkaitan calon Menteri Besar (Johor), hal ini sekiranya berbangkit dan menjadi satu keperluan, ia akan diputuskan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan.

“Mana-mana pihak boleh sahaja membuat spekulasi. Namun kami tegaskan, keutamaan Pakatan Harapan adalah memenangi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini terdapat desas-desus DAP mahu pemimpin PAN sama ada Salahuddin atau Aminolhuda menjadi Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan parti Melayu UMNO di negeri tersebut.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan PAS beberapa tahun lalu kerana dilihat terlalu tunduk kepada kehendak DAP.

Sejak itu, PAN yang dianggap sebagai parti serpihan PAS dilabelkan sebagai khadam DAP oleh penyokong PAS kerana parti berkenaan sering mempertahankan DAP termasuk dalam isu-isu yang dilihat bercanggah dengan kepentingan agama Islam.

Muhyiddin semasa masih dalam UMNO pula pernah menjadi Menteri Besar Johor dari tahun 1986 hingga 1995, namun beliau terpalit dalam pelbagai kontroversi sepanjang memegang jawatan berkenaan.

Malah, anwarbrahimblog.com pada tahun 2009 pernah menyiarkan artikel yang menyebut walaupun Muhyiddin menafikan beliau pernah menjual tanah Johor kepada Singapura, tetapi beliau pernah didakwa terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu untuk menukar status tanah di Johor bagi memajukannya.

Pada tahun 1993, Muhyiddin juga Menteri Besar Johor yang bertanggungjawab membuat perubahan terhadap cuti hujung minggu di Johor daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad yang menimbulkan kemarahan umat Islam Johor ketika itu.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 1 Januari 2013 menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kembali kepada hari Jumaat dan Sabtu.

- mynewshub.cc




.........
Blog ini adalah blog sementara untuk Tranungkite Online (TKO)

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily