Perhatian...
TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih
Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com
....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN: K.l.i.k. g.a.m.b.a.r. u.n.t.u.k. p.a.p.a.r.a.n. b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...
....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. |
Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa. |
Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru. |
Friday, June 07, 2013
Komen Santai Misi Jahat Kiram
Terbaca dalam Sinar Harian temu bual wartawan Sinar Harian dengan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.
Datuk Pahlawan Hamza berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan.
5 Orang melayu Terkaya Di Malaysia 2013
Menurut Majalah Niaga dot com 5 orang Melayu terkaya di Malaysia masih didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang menguasai pelbagai industri di Malaysia. Orang Kedah dan merupakan pengasas Yayasan Albukhary. Dalam senerai keseluruhan merupakan orang ke-8 terkaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan $US 2.75 bilion
Nik Abdul Nik Aziz Tak Perlu Nafi
Bagi saya ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tak perlu menafikan penglibatan dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.
Dalam laman sosial "Nik Abduh Fan Club" tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.
Gambar-gambar Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh
Jika UMNO menyerang Penasihat kenapa PAS tidak??
Selepas PRU-13, beberapa tokoh UMNO mula menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib. Siri serangan ini adalah dikatakan bermula kerana akan ada pemilihan UMNO. Tapi serangan itu tertumpu kepada penasihat Najib dan ramai tokoh veteran meminta memecat mereka.
Serangan ini agak terbantut disebabkan tiada sokongan daripada blogger UMNO. Blogger UMNO pula dilihat semacam meneliti apa yang dikatakan oleh ketua mereka "Tun Mahathir". Berbeza di zaman Pak Lah yang mana blogger UMNO terlalu laju menyerang Pak Lah sehingga Pak Lah dilihat terlalu lemah, sedangkan Najib sebenarnya lebih lemah daripada pencapaian Pak Lah.
Siapa punya angkara untuk melagakan PAS?
Semalam saya dapat tag facebook daripada seorang teman mengenai gambar di atas dengan satu komentar "Minta tolong semua sahabat2 bhw potret dan kata2 yg dikaitkan dgn YB Hanipa Maidin adalah fitnah dan Hanipa tidak pernah mengeluarkan kata2 begitu. Skrg YB Hanipa sibuk dgn urusan petisyen pru13 dan dia minta sgt2 jgn ganggu tumpuan dia dgn keeja2 fitnah ini san saya yakin ini kerja jahat umno utk pecahkan PAS."
Saya berpendapat sebaran penafian seperti ini juga adalah "TEKNIK" untuk menyebar fitnah dengan cara berkesan. Apatah lagi sebaran ini diulas pula seperti saya mengulas ini. Perkara yang nak disampaikan makin meluas tersebar.
Fitnah menjadi mainan sesedap mulut
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor dalam akhbar NST telah menulis bahawa Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat adalah "Bapak Kafir". Tulisan yang menilai sesorang dari segi agamanya bukan perkara mainan melainkan seseorang itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.
Saya teringat dulu pernah ada tulisan Said Hawa mengkafirkan Ayahtulloh Khomeini kerana ada krisis di masa itu.
Sunday, June 02, 2013
Betul ke Penguduran TG Nik Abdul Aziz adalah konspirasi?
Saya terbaca tulisan Dinsman. Saya sama dengan Dinsman rasa perkara ini suatu yang tidak benar, "biar betul" ada pimpinan Kelantan mampu buat konspirasi menjatuhkan TGNA?? Hanya saya berpendapat cerita ini adalah satu kospirasi jahat kepada kepimpinan PAS Kelantan yang telah dimanahkan sendiri oleh TGNA.
Hebat penyebar fitnah dikalangan "Jamaah PAS", mereka sanggup buat apa sahaja asalkan hajatnya boleh tercapai. Kalau difikiran secara 'mendatar' macam tak logik ada orang PAS yang solat 'tunggang tunggik' tapi suka buat fitnah.
Setelah menghilang kini nama Zulkifli Nordin muncul lagi
Entah di mana, apa dia buat saya tak pasti tapi menurut sumber yang rapat dengannya Zulkifli Nordin kurang keluar dan dilihat di tempat awam. Tapi ZulKulim ini masih aktif menulis dalam blognya. Anwar Ibrahim adalah sasaran utama setiap penulis terkini selepas "terlingkup" dalam PRU13 lalu.
Tulisan-tulisan yang banyak berfokus kepada undi popular lebih bersifat penulisan 'dendam' dan fakta yang diajukan bersifat emosi dan marahkan Anwar Ibrahim.
Tahniah Kepada Ustaz Azizan Menjadi Yang Pertama
Tahniah kepada Ustaz Azizan Abdul Razak kerana dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri. Ada 45 individu yang menerima darjah kebesaran PSM, yang merupakan antara darjah kebesaran tertinggi negara dan hanya dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong sahaja.
Ustaz Azizan adalah pemimpin PAS pertama, rasanya adalah pemimpin pembangkang pertama yang mendapat gelaran berkenaan.
Friday, May 31, 2013
Kenapa Ada Idea Bodoh Macam Ini??
Saya nak tersedak bila mendengar bagaimana idea bodoh dikemukan kepada kerajaan oleh pihak polis dalam temu bual Astro Awani.
Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.
Pihak polis akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah.
Baru Khir Toyo Sedar Jahatnya Politik UMNO!
Hari ini dalam blognya Khir Toyo mengatakan dia mangsa politik UMNO. Dia dijadikan "kambing hitam" untuk menunjukkan kerajaan UMNO @ BN kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat seolah-olah bersih.
Atas keputusan dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam Khir Toyo berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.
Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara
Bila saya baca luahan Khalid Samad, saya rasa ada 4 perkara yang disentuh yang utama iaitu Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN, Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas dan Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.
Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.
Thursday, May 30, 2013
10 Exco Selangor
Setelah 'gomol dalam cawan' akhirnya seramai 10 orang Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Exco negeri itu bagi penggal 2013-2018.
Exco Selangor kali ini menampilkan lima calon muka baru dan lima calon yang dikekalkan untuk penggal ini.
Pas membariskan dua Adun muka lama iaitu Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad, serta Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali manakala dua Adun muka baru Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Sabak, Sallehen Mukyi.
Bayi dibuang dalam lubang tandas

Di Beijing seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan 28/5/2013 lalu.
Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial.
Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang.
Tulis Sikit Pasal Perkahwinan Ustaz Azhar
Saya tahu pasal perkahwinan Ustaz Azhar Idrus untuk isteri ke-3, tapi saya rasa malas nak tulis dan sudah pasti ramai berebut untuk menulis kerana ini akan menjadi bacaan yang hits. Komen pada artikel-artikel perkahwinannya juga agak banyak.
Biasalah perkahwinan ke-2, ke-3 atau ke-4 akan menjadi satu perbahasan yang hangat. Ada pro dan kontranya. Bukan sahaja kepada Ustaz Azhar yang agak menonjol sekarang ini tetapi boleh jadi perbahasan kepada orang biasa.
Apabila Tomboy lahirkan bayi
Dua istilah Tomboy dan Pekit, entahlah setahu saya tomboy ini sekadar berkawan dengan lelaki tapi tiada pergaulan bebas, manakala pekit pula akan melakukan seks tanpa nikah.
Saya terbaca berita semalam tomboy melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.
Saya menjadi tanda tanya, apakah rupa bentuk sosial masyarakat Malaysia sekarang di bawah kepimpinan UMNO @ BN? Saya menjadi takut untuk masa depan anak-anak saya, saya juga merasai bimbang akan masa depan kaum kerabat saya. Adakan UMNO @ BN mampu untuk menjamin satu masyarakat yang benar-benar sejahtera dilahirkan di negara ini??
Saya terbaca berita semalam tomboy melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, berseorangan tanpa ditemani atau bantuan sesiapa.
Saya menjadi tanda tanya, apakah rupa bentuk sosial masyarakat Malaysia sekarang di bawah kepimpinan UMNO @ BN? Saya menjadi takut untuk masa depan anak-anak saya, saya juga merasai bimbang akan masa depan kaum kerabat saya. Adakan UMNO @ BN mampu untuk menjamin satu masyarakat yang benar-benar sejahtera dilahirkan di negara ini??
Najib mula dikritik untuk singkirkannya dalam pemilihan nanti??
Beberapa hari lalu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Selain itu menurut Daim, satu lagi penyebab utama kepada kekalahan BN ialah berkaitan masalah dalaman parti itu sendiri. Daim juga menyindir dengan menyebut "Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.
Selain itu menurut Daim, satu lagi penyebab utama kepada kekalahan BN ialah berkaitan masalah dalaman parti itu sendiri. Daim juga menyindir dengan menyebut "Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.
Ada lagi kematian selepas N Dharmendran?
Kematian Kugan dahulu menjadi isu apabila 2 orang mencerobohi hospital dan mengambil gambar Kugan serta menghantar gambar tersebut kepada Malaysia Today dan TranungKite. Gambar tersebut telah dipaparkan di laman dan blog Pakatan Rakyat. Polis mencari 2 orang yang menceroboh hospital berkenaan dan berita ini disiarkan dalam media.
Masyarakat mendapat gambaran sebenar bagaimana teruknya kematian itu apabila melihat gambar yang ditunjukkan. Bila kematian N Dhamendran (gambar disebalah bapanya), kita hanya mendengar atau membaca gambar yang disebt oleh peguannya sahaja. Tiada gambar dan kawalan amat ketat pada isu ini. Masyarakat juga disekat maklumat sebenar tentang kematiannya.
Masyarakat mendapat gambaran sebenar bagaimana teruknya kematian itu apabila melihat gambar yang ditunjukkan. Bila kematian N Dhamendran (gambar disebalah bapanya), kita hanya mendengar atau membaca gambar yang disebt oleh peguannya sahaja. Tiada gambar dan kawalan amat ketat pada isu ini. Masyarakat juga disekat maklumat sebenar tentang kematiannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)