Perhatian...


TranungkiteOffline blogspot adalah "laman backup" sekiranya berlaku serangan yang mengejut dan berteruskan kepada server kami www.tranungkite.net. Jika tiada serangan blog ini menjadi blog biasa dengan bahan-bahan politik & semasa. Insya-Allah mulai Mei 2013 laman ini akan dikemaskini setiap hari. Kami akan memaparkan berita berbentuk santai, ringkas dan padat berfokuskan facebook atau twitter.- Terima kasih

Abbas Mohd Noor
Administrator
mel hubungan: abbas.mohdnoor@gmail.com

....................................................................................................................................................................................
PERHATIAN:    K.l.i.k.   g.a.m.b.a.r.   u.n.t.u.k.   p.a.p.a.r.a.n.   b.e.s.a.r....
Klik LIKE jika anda suka blog ini...

....................................................................................................................................................................................
Video terkini untuk ditonton.. (klik youtube atau tajuk untuk tab yang berasingan...)

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak kisah jika Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu yakin ahli Majlis Pimpinan Tertingginya tidak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa.

Komen Tun Mahathir bila ucapan Zahid Hamidi yang menyentuh mengenai keturunan beliau. Kini isu keturunan dan asal usul menjadi 'mainan' politik baru.

Friday, October 14, 2016

Shafie Akan Dilantik Sebagai TPM Jika Pakatan Pembangkang Menang PRU14 kata Tun Mahathir




Setelah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia 3 minggu lepas (tanpa mengambil kira kenyataan terbaru dengan Malaysiakini), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menamakan pula Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan pembangkang berjaya memerintah Malaysia selepas PRU14.


Menurut sumber Yayasan Kepimpinan Perdana, Tun berpuas hati dengan pencapaian Shafie selama menjadi Menteri kabinet dan Naib Presiden UMNO Malaysia dulu dan jawatan ini juga setaraf dengan kedudukan Shafie sebagai Presiden parti baru tempatan Sabah yang bakal ditubuhkan kelak.

Begitu pun, perlantikan ini adalah dengan syarat Shafie tidak terbabit dengan skandal air Sabah yang hebat diperkatakan sekarang.  Tun bagaimanapun dikatakan yakin Shafie adalah bersih dan tidak pernah membuat dosa, tak seperti Menteri-Menteri kabinet lain yang pernah beliau lantik/kenali.

Perkara ini juga disebut-sebut turut dimasukkan dalam wasiat Tun, sekiranya beliau tidak sempat menyaksikan kejayaan Pakatan Harapan dalam PRU14 kelak.  Bila sudah dimasukkan dalam wasiat, nak tak nak, perkara ini mesti dilaksanakan juga tidak kira apa.

Sumber Pakatan Harapan pula menyebut, tidak dimaklumkan tentang penamaan Shafie sebagai Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu oleh Tun tapi menyatakan tidak ada sebarang masalah kerana dibawah pemerintahan Pakatan Harapan, Timbalan Perdana Menteri tak semesti seorang, boleh jadi 3 atau 5 atau lebih.

Kuota Timbalan Perdana Menteri mewakili Sabah dan Sarawak memang sudah diperjuangkan Pakatan Harapan sejak dulu lagi bagi mengiktiraf sumbangan kedua wilayah berkenaan kepada negara.

Seperti juga penamaan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, itu juga tidak ada masalah kerana sememangnya, seorang Perdana Menteri interim perlu dilantik sementara menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara dan pengampunan diraja diperolehi beliau untuk membolehkannya aktif dalam politik semula.



.........
Blog ini hanya 'mirror' artikel daripada laman asal
http://www.tranungkite.net
Sila ke laman asal untuk dapatkan versi penuh....

No comments:

Post a Comment

Artikel Bulan Ini

DetikDaily

Free Malaysia Today

Harakahdaily

Malaysiakini

KeadilanDaily